Selasa, 5 April 2011

NOVEL OR CERPEN LOV YG X MENJADIK!!!



  1. CERITA 1 yg lov tulis tp xprnh dpt hbskn crita ni. mmg pnjg gile..lov bhajat nk buat novel..hahaha prasan thp gaban kan.. tp xde msa nk hbskn lgpun sape la nk bca cite ngeng cmni.. korang mzt x terbca coz pnjg bebeno.. huhuhu

    Kringgg!! Bunyi loceng mengejutkan Mira yang sedang sibuk menyiapkan tugasan seninya. “Takpe la Mira, kalau tak siap awak bawak balik rumah esok jangan lupa hantar terus pada saya. Faham tu?”. Kata Cikgu Salina. Kesian pula dia melihat Mira yang terkial-kial menyiapkan tugasan yang diberikannya. “Baiklah. Terima kasih cikgu”. Balas Mira tersenyum melihat gurunya yang masih terpacak dihadapan meja menunggunya keluar dari kelas. “Oi Mir! Cepatlah weyy”. Tiba-tiba Su bersuara dari luar. “Eh..cikgu ada rupanya..maaf cikgu”. Kata Suraya menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Cikgu Salina tersenyum manis. “takpe.. tapi lain kali jangan main sergah je kelas saya ni”. Jawab Cikgu Salina lagi sambil tertawa kecil.

    Setelah menyimpan semua buku-buku Mira pun bangun dan menghulurkan tangannya kepada Cikgu. “Cikgu..terima kasih”. Cikgu Salina turut menghulurkan tangannya dan masih lagi tersenyum. “Yelah..jalan hati-hati dan jangan singgah mana-mana yer.. balik terus”. Kata Cikgu Salina sambil berlalu pergi. “Ko ni lambat btollah..kang tertinggal bas macammana?”. Leter Suraya. “Aku tak suruh pun ko tunggu aku kan? Pastu ko nak bising-bising plak. Aku terajang kang baru tau”. Jawab Mira dengan marah. Mereka berdua berlari-lari selaju mungkin mengejar bas yang tidak berhenti-henti membunyikan hon. “Erm..kamu berdua lagi? Hari-hari lambat. Kalau macam ni matilah Pak Mat kena marah dengan budak-budak lain dalam bas ni sebab nak kena tunggu kamu”. Keluh Pak Mat pemandu bas sekolah.

    Mira menjeling terus kebelakang. Dia tahu mesti geng Fash yang kecoh-kecoh sebab dia lambat. Fash memang tak puas hati dengan Mir kerana peterlingkahan dulu. Fashya yang sedang duduk di bahagian belakang merenung tajam Amira sambil tersenyum sinis. “Hai Fash.. sori ek kami lambatlah..bukan aku tau tapi si Mir ni..hehe”. Kata Suraya tergedik-gedik di hadapan Fash yang sememangnya mamat tu mamat pujaan setiap budak-budak dekat sekolah ni. Amira terus mengambil tempat duduk di belakang Pak Mat dan suraya pun duduk bersebelahannya. “Adoiiii…sakitlah weii”. Tiba-tiba suraya menjerit. “Padan muka ko.. patutnya ko mintak maaf dekat Pak Mat sebab lambat ni tidak, ko mintak maaf dengan mamat poyo tu apsal.. lepas tu sedap-sedap ko je buruk-burukkan nama aku.. ko nak makan kasut saiz 4 ke?”. Kata Mira separuh berbisik. Pak Mat yang terdengar perbualan dua sahabat itu tergelak kecil. “Ala ko ni aku gurau-gurau je, itupun nak ambik hati. Ingatkan ko keras-keras macam ni tak lah emo..tapi emo jugak ek..hahaha”. Jawab Suraya lantas tertawa dituruti Pak Mat yang dari tadi menahan gelaknya memecahkan suasana.

    Amira terdiam. Malas dia nak melayan dua orang yang menjadi teman baiknya itu. “Nak cakap lebih-lebih Pak Mat tu orang tua, nak terajang betul-betul Si Su ni kang nanges plak anak orang dan tu dia ajelah kawan baik aku”. Bisik hati Amira. Pandangannya dilempar jauh keluar tingkap. Terasa ketenangan diluar sana. “Ok.. dah sampai taman”. Jerit Pak Mat. Ada dua tiga orang pelajar yang turun. Tiba-tiba Fashya berdiri disebelah Suraya. “Eh…Fash..hye fash”. Kata Suraya tersengeh-sengeh. Mira turut pelik memandang Fash yang tiba-tiba berdiri disebelah mereka. “Pak Mat berhenti dekat kedai depan tu ye”. Tiba-tiba Fashya bersuara.

    Bas pun berhenti. Sebelum melangkah turun Fashya sempat menoleh ke arah Amira lalu berkata “Wei Mir..petang ni ada latihan semua wajib datang”. Kata Fashya dan terus berlalu pergi. Mira tercengang-cengang masih tidak faham setiap butir kata dari Fashya tadi. “Apsal dengan mamat tu. Buang tebiat ke? Bila pulak aku sama team dengan dia dalam kawad kaki. Tapi.. betul ke petang ni ada latihan? Adoii mampus aku macam ni..”. bisik hati Mira sendirian. “Mir Mir.. tengok tu Fash tegur ko elok je, tapi ko cakap dia kurang ajar plak.. hissh tak baik la ko ni”. Kata Suraya membuat Mira merenungnya tajam. Suraya dengan pantas meletakkan jari telunjuknya di bibir sebagai tanda dia akan senyap. Mira tertawa kecil melihat Suraya yang cepat sangat gelabah bila dia naik marah.

    “Assalammualaikum”. “Waalaikumsalam”. Salam yang diberikan Mira disambut mesra oleh ibunya. Puan Azizah. Masuk sahaja ke rumah Mira terus mendapatkan ibunya. Tangan ibunya di salam dan dikucupnya. Tidak sampai satu hari bersekolah dia dah mula rindu pada ibunya. Puan Azizah tersenyum melihat anak sulungnya itu. Walaupun dia sebenarnya seorang yang manja tapi dia tidak mahu menunjukkannya. Mungkin kerana dia anak sulung dan mahu menjadi lebih serius bagi dihormati oleh adik-adiknya. “Mira pergilah tukar baju lepas tu boleh makan. Mak masak lauk kegemaran kamu hari ni.” Kata Puan Azizah yang duduk bersila sambil melipat kain. Amira tersenyum dan terus menuju ke biliknya. “Aduhhh!! Aduhhh..mak..sakit mak..”. Tiba-tiba suara Mira kedengaran dari dalam bilik menjerit kesakitan.

    Puan Azizah yang terperanjat terus bangun dan berlari untuk melihat anak daranya itu. “Ya Allah! Kenapa ni Mira? Kenapa ni? Jatuh ke? Sakit dekat mana?”. Soal Puan Azizah yang teperanjat melihat Amira terbaring di lantai bilik sambil memegang kepalanya. “Mak..sakitlah belakang orang…aduhh..cuba mak tengokkan..luka tak?”. Kata Amira sambil mengangkat sedikit bajunya. “Ya Allah.. lebam ni Mira..biar mak sapukan ubat”. Kata Puan Azizah lagi. “Mak mak..tak payah la mak..orang ok je ni”. Kata Mira sambil memegang tangan ibunya. “Ok..ok..tu..air mata yang meleleh tu..kira ok la tu yer?”. Getus Puan Azizah lagi. “Ngeee..sakit sikit je..mak keluar la..nak tukar baju..nanti orang sapu la ubat..ok?”. Kata Mira untuk menyedapkan hati ibunya.

    Mira bangun dan duduk di hujung katil. Tangannya cuba meraba-raba belakangnya yang masih lagi terasa pedih. “ Adik ni nak kene betullah..mainan pun bersepah-sepah. Terjatuh aku dibuatnya..ikutkan hati aku terajang je sorang-sorang. Haizzz”. Mira mengomel sendirian. Setengah jam kemudian Mira keluar dengan berseluar track dan t-shirt merahnya. Rambut di ikat ekor kuda. Puan Azizah tergelak sendirian melihat anaknya itu. “Mak … jemput makan mak?”. Perlawa Mira kepada ibunya yang masih lagi tertawa lucu dengan sikap anaknya itu. “kata tak sakit. Tapi keluar-keluar bilik mata dah bengkak menangis”. Bisik hati Puan Azizah. Dia tersenyum melihat Mira begitu berselera menjamu hidangan tengahari yang memang di masak khas untuk Mira. Ketam Masak Lemak Cili Padi, Sambal Sotong dan Cendawan Goreng. “Mak..orang nak tambah dua pinggan boleh tak?”. Soal Mira yang masih lagi mengunyah. Puan Azizah tersenyum. “Tambah lah nak oi..tiga pinggan pun mak tak marah, tapi ingat makan kerana lapar berhenti sebelum kenyang”. “ Ok mak”. Jawab Mira ringkas.

    Trett!! Trett!! Telefon berbunyi.

    “Takpe mak biar orang angkat”. Kata Mira berlari-lari kearah telefon yang memang suka membiasakan dirinya orang. “pakwe la tuh?”. Soal Puan Azizah sambil mengangkat keningnya. “Haizz mak nih..mana orang ada pakwe.. tak main lah mak..”. kata Mira lalu menjawab panggilan. “Lo?”. “Hello Mir..petang ni ada latihanlah…betullah cakap si Fash tadi.. aku pun baru je tahu si Ayu baru call tadi”. Kata Suraya di hujung talian. Telefon pun diletak. Mira terdiam sejenak. Lalu dikemas meja makan dan terus membasuh tangan. Ibunya yang melihat berasa pelik dengan anaknya itu. “Mira.. tadi kata nak tambah lagi? Ni dah sudah pulak..kenapa ni nak?”. Soal Puan Azizah.

    Mira tersenyum didalam kelat. “Maaflah mak..hajat di hati memang nak tambah lagi, tapi Su baru je telefon kata ada latihan so Mira dah lambat ni mak..ayah takde pulak tu..Mira kene jalan kaki pergi sekolah mak.. setengah jam perjalanan..uwaaaaa”. kata Mira hampa. “Erm..tulah kenapa tak cakap awal-awal dengan ayah suruh hantarkan. Ayah dah pergi keje. Tak payah lah pergi. Bahayalah kalau kamu nak jalan kaki sorang-sorang. Su pergi naik apa? Kamu tumpanglah dia.”. Balas Puan Azizah risau pulak dia dengan anak daranya itu. “Su pergi naik basikal, dia dah pergi pun. Mir kene pergi jugak mak..dua minggu lagi ada perlawanan..Mir pergi yer mak?”. Jawab Mira sambil menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan ibunya meminta izin pergi.

    “Erm..kalau dah macam tu kata Mira. Hati-hati ye nak.. nanti mak cuba tanya ayah kamu suruh dia belikan kamu basikal senang kamu nak pergi latihan belah petang”. Kata Puan Azizah lagi. “Bye mak..Assalammualaikum”. “Waalaikumsalam… Ya Allah lindungilah anakku ini. Semoga selamat pergi selamat balik”. Doa dari hati seorang ibu. Baru sepuluh minit berjalan Amira Sofea telah diganggu oleh rakan sebaya yang sedang melepak di sebuah pondok di tepi jalan. “Hai Mira sayang…nak pergi mana ni sayang?”. Kata salah seorang dari mereka berlima. “Mira..Mira..ohhh Mira..ko ni cantiklah Mira..cuba lemah lembut sikit…cair kitaorang ni tau”. Mereka tidak henti-henti mengusik. Mira masih teruskan perjalanannya.

    Tin Tin!! Sebuah kereta berhenti. “Hai Adik manis.. nak pergi mana ni? Masuklah.. mari abang hantarkan”. Kata seorang pemuda yang usianya awal 20an. “Its ok la bang..terima kasih je”. Jawab Mira sambil tersenyum. “Hei..janganlah macam tu..masuklah..ke nak saya turun bukakkan pintu?”. Soal pemuda itu masih tidak henti-henti mengganggu. Vrommmmmmm!!!! Sebuah motor rxz berhenti. “Wei Mir bongok..nak dating pun cari lah tempat sunyi-sunyi sikit ni kat tepi jalan pulak”. Rupa-rupanya Fashya. Dia memang ada motor. Entah kenapa Mira berasa lega sangat melihat kehadiran Fashya ketika itu. Kereta tadi terus berlalu pergi. Fashya ketawa lalu berkata. “Wei Mir..mamat tu kacau ko ke?”. “Erm..a’ah..ada ko kesah ke?”. Tiba-tiba Mira meninggikan suara.

    “hahahaha…adoii aku ni dah gila agaknya, dah la aku cakap sekali je..ko nak tumpang aku ke tak nak? Kalau taknak bila aku pergi ko jangan nanges plak?”. Kata Fashya sambil tersenyum manis. “Ensem jugak mamat ni, kenapalah dulu aku reject ko ek? Siap aku tampar lagi muka ko yang ensem tu..huhuh”. bisik hatinya Mira. “Erm…oklah..aku tumpang, tapi sebab aku dah lambat bukan sebab aku suka kat ko..ko kene faham perbezaan tu”. Kata Mira putar belit ayat. Fashya hanya tertawa melihat gadis comel dihadapannya itu. “Geram rasa nak picet-picet je ko ni Mir..nasib baik la anak orang kalau tak…hahaha”. Kata Fashya lagi dan kali ni dia tertawa besar.

    Mereka berdua menuju kesekolah bersama-sama. “Oii Fash ko boleh tak bawak laju sikit macam nak mati je motor ko ni, aku rasa kalau aku jalan pun lebih laju lah..”. kata Mira bengang. “Hehehe..bukan senang ko nak naik moto dengan laki, lebih-lebih lagi aku kan? So baik aku nikmati saat ni dengan ko..hahahaha”. kata Fashya yang nakal tidak henti-henti mengusik Mira yang wajahnya sudahpun kemerah-merahan menahan malu. “Ya Alllah selamatkanlah aku dari makhluk perosak ni”. Doa Mira di dalam hati. “Mira peganglah aku kuat-kuat..pegang btol-btollah..aku turunkan ko kat tepi jalan ni kang”. Tiba-tiba Fashya menjerit.

    “Ko ni kenapa uh Fash? Ikhlas ke tak ikhlas nak tumpangkan aku ni? Ko berhenti sekarang Fash..ko berhenti sekarang jugak!!!”. Mira dah naik angin dengan kata-kata Fashya sebentar tadi. “hahaha..bukan apa sayangku..aku malu orang tengok je. Ko boleh pegang jaket aku..tak pon ko pegang lah beg sekolah aku..ni tidak.. ko pegang besi kat belakang tu kenapa..adoiii jatuh maruah aku tau”. Jawab Fashya panjang lebar. “heheeh wekkk..padan muka ko..pegang besi pun bleh jatuh maruah ke?”. Tawa Mira di dalam hati. “Peeewittt pasangan bahagia sudah mari”. Suara dari rakan-rakan Fashya mengusik ketika mereka memasuki tempat letak motor di sekolah. Mira masam mencuka dan terus berlalu pergi.

    Fashya cuma mampu tersenyum, rasa bahagia dengan saat-saat sebentar tadi. “Woii korang…aku tak nak tengok korang kacau Mira lagi ekhh. Kesian lah dekat dia..perempuan pun korang nak buli..korang ni takde kelakian la..hehe”. sergah Fash kepada rakan-rakannya. Yang lain hanya gelak ketawa. “Fash..ko ni sebenarnya nak balas dendam aje kan dekat Amira tu..bukan kitaorang tak tahu beb”. Kata salah seorang dari mereka. Kebetulan ketika mereka berkata begitu Amira dan Suraya terdengar ketika Amira cuba patah balik ke arah Fash untuk mengucapkan terima kasihnya. “Eeeeee tak sangka aku Fash tu macam tu..Dah la Mirr.. ko jangan sedih pulak..lepas ni ko jangan layan lagi budak Fashya tu.

    “Bila pulak aku layan dia nih? Tadi tu aku cuma ambik kesempatan je tumpang dia..dia yang angan-angan lebih”. Jawab Mira selamba dan terus berlalu pergi. Suraya mengejar dari belakang. Geram pulak di hatinya melihat Fashya berkelakuan begitu kepada kawan baiknya itu walaupun di dalam hati dia memang meminati Fashya Arzwad jejaka yang paling popular dan terkenal di kalangan pelajar tingkatan 5 sekolah mereka lebih-lebih lagi dia kapten sekolah. “Nasib baik lah dia ensem Mir kalau tak aku dah pergi terajang moto kesayangan dia tuh”. Balas Suraya mengerut-ngerutkan keningnya. Konon-konon dia akan nampak lebih ganas lah.

    “ko tu jangan nak poyo lah Su..ko tu luar dalam aku tahu ko tau tak?”. Jerkah Mira. “arhh?? Ala mana kau tahu aku pakai kaler ape hari ni? Ko tahu ke? Betul ke ni?”. Soal Suraya yang agak sedikit mengong petang tu. “hahahaah…ko ni kalau aku tampo kang berlumba-lumba gigi ko masuk dalam perut..ngok sangatlah”. Balas Amira tertawa besar. “Tapi betullah wey..hari ni aku memang pakai warna hitam..mana kau tahu ni? Aku peliklah”. Balas Suraya lagi sambil menarik tangan Mira menantikan jawapan. “Ni!!!! Kalau ko or sape-sape pun pakai t-shirt yang bewarna putih dan jarang ni..bukan setakat aku je tahu orang kat seberang jalan tu pun boleh nampak ko tau”. Jawab Amira sambil memegang t-shirt yang dipakai Suraya. “Siap sedia pelajar..semua berkumpul. Kita akan mulakan latihan sebentar lagi”. Tiba-tiba kedengaran suara Cikgu Kokurikulum dari belakang dan mereka semua pelajar-pelajar tingkatan 5 siap sedia berkumpul dan beratur mengikut kumpulan masing-masing.

    Semua pelajar dengan tertib mengalun langkah kawad yang telah di praktikkan oleh mereka. “Kiri kanan, kiri kanan, kiri kanan”. Mereka semua bersuara seiringan bagi memastikan setiap langkah tersusun dan tampak gagah sekali ketika hari pertandingan nanti. Kedebuk..!!!! tiba-tiba beberapa orang pelajar terjatuh dan bertimpa-timpa antara satu sama lain. Mira berada di bawah sekali tidak bergerak-gerak. Terasa belakangnya begitu pedih mungkin kerana dia terjatuh di dalam bilik tadi. Air mata tiba-tiba berguguran kesakitannya tidak boleh dibendung lagi walaupun dia cuba menahannya.

    “Aduiii sakitlah..korang ni napa hah?? Bongok la korang ni!!”. Jerit Suraya yang juga menjadi mangsa keadaan. Beberapa orang budak lelaki yang menjadi penyebab kemalangan kecil itu bangun dan tertawa begitu juga budak-budak lain yang terjatuh sama kecuali Amira Sofea. Belakangnya terasa bagaikan disiat. Dia tertunduk menutup mukanya yang sedang menangis menahan kesakitan. “Mirr..ko kenapa ni? Ko ok tak Mir?? Mir jawablah Mir..ko nanges ke ni?”. Soal Suraya yang bimbang melihat Mira cuma mendiamkan diri sambil berpeluk tubuh. Dari jauh Fashya cuma memandang kerana mereka berada di dalam kumpulan dan tempat yang berlainan. Kerana tidak sedap hati Fashya berlari ke arah Mira dan Suraya. “Woi Mir…ko nanges ke ni? Tak kan kene sikit dah nanges Mir..setahu aku ko kuat orangnya”. Soal Fashya cuba mencari jawapan dan tindak balas dari Amira yang masih lagi menangis. Fashya mencangkung di hadapan Mira. Risau pula dihatinya melihat gadis itu mendiamkan diri. Selalu pantang di kutuk sedikit mulut dia bising kalah mulut itik pulang petang.

    Cikgu dari jauh baru perasan ada seorang muridnya tercedera. Cikgu berlari-lari anak ke tengah padang mendapatkan Mira. “Mira? Sakit lagi ke? Saya ingatkan sikit je tadi.. awak boleh bangun tak ni..mari-mari biar saya tolong..Fashya dan Suraya, kamu pun tolong lah saya angkat Si Mira ni..tengok je watpe?” kata Cikgu dengan panjang lebar. Setelah dipimpin ke kantin Mira terus membenamkan wajahnya diatas meja. “Mirr aku pegi buat latihan dulu ekk..nanti dah habis aku datang sini tengok ko”. Kata Suraya sambil memegang bahu Mira. “Takpe- takpe..biar aku temankan dia”. Tiba-tiba Fashya bersuara sambil meletakkan air kotak coklat dihadapan Mira.

    Mira mengangkat wajahnya. Wajah Fashya dijeling tajam. Fashya tersenyum. “hehe..hahh..inilah baru Mira aku..kuat, tenang, comel..kan kan kan?”. Balas Fashya cuba mengusik mira lagi. “Ko sebok-sebok ape kat sini Fash..berambos la pegi buat latihan..sebok je..menyampah la aku tengok muka ko”. Kata Mira sambil mengalihkan wajahnya ke arah yang berlainan. Suasana tiba-tiba senyap. Mira memandang ke arah Fashya semula namun Fashya sudah tiada di situ lagi. Mira memandang ke belakang dari jauh kelihatan Fashya berlari menuju ke padang sesekali dia menoleh dan melambai-lambai ke arah Mira. “Haiz…aku ni.. rasa berdose pulak buat dia macam tu..tapi, dia buat baik kat aku sebab nak balas dendam je. Bukan ikhlas pun. Eeeeeee malaslah aku nak layan dia”. Getus hati Mira tika keseorangan.

    “Hei Mir..jom kita balik”. Kata Fashya sambil mengelap peluh didahinya. “Eishh, tak nak lah aku. Takpe-takpe aku tunggu ayah aku je”. Balas mira sambil membetulkan ikatan rambutnya. Fashya cuma merenung Amira tanpa berkata apa. “budak ni nak belagak macam tomboi, tapi rupa dia yang cantik tuh tetap tidak akan menampakkan kasarnya dia”. Bisik hatinya. “Woi!! Ko apehal pandang-pandang aku ni?”. Tiba-tiba Mira menjerit. Fashya tersengeh-sengeh sendiri.

    “Mir, ayah ko kan balik pukul 7 nanti. Sekarang baru pukul 5 so ko nak tunggu kat sini dua jam lagi ko tau tak?”. Fashya sambung bicara. Amira cuma menjelirkan lidah dan menoleh ke arah lain. Geram pulak dia dengan Fashya yang macam tak reti bahasa tu. “Mir!!! Aku nak balik dah ni, ko tumpang ajelah si Fash tu. Takkan ko nak aku temankan ko sampai pukul 7 kot?”. Soal Sue sambil menolak basikalnya ke arah Fashya dan Amira.

    “Erm..oklah, tapi. Tapi aku..aku nak cakap terus terang kat ko ni Fash!”. Kata Amira secara tiba-tiba. Fashya dan Suraya memandang satu sama lain. “Aku tahu ko nak balas dendam kat aku pasal aku tampar muka ko tempoh hari, tapi itu semua coz salah ko jugak.. ko kena faham tu. Aku tak nak terhutang budi ngn ko. Jadi kalau ko nak tumpangkan aku jugak aku nak bayar ko duit minyak hari ni, ko cakap je berapa ko nak”. Balas Amira seolah-olah melepaskan segala yang terbuku dihati. “Hahahaha..Amira Sofea binti Malik!!! Aku. Aku tak pernah berdendam dengan ko. Sebab ko dah bukak cerita ni dan kat sini takde orang, jadi aku nak tambah sikit lagi”. Kata Fashya tersenyum sinis.

    “Eh!! Korang tolong jangan gado boleh tak?”. Sampuk Sue risau pula dia jikalau kedua-dua orang kesayangannya itu bertelingkah sesama sendiri. “Its ok Sue, biar je dia nak kata ape. Aku nak dengar. Then settlekan hal ni hari ni jugak!!”. Pantas Amira memotong kata-kata sahabatnya itu. “Hehehee..ko ni memang keras hati kan Mira, ko tak pernah nak selidik samada perbuatan itu hari adalah berpunca dari aku atau tidak. Kau tak pernah tahu kan Amira, dan selama hari itulah aku berdiam diri menyaksikan engkau yang terlalu ego dengan setiap perbuatan kau kat sekolah ni”. Kata Fashya membuatkan Mira terdiam kaku. Mati bicaranya mendengar kata-kata dari Fashya.

    “Hari ni Mira, aku bersumpah dengan nama Allah, dengan nama Allah Mira. Bahawa bukan aku yang letak surat cinta tu dalam beg sekolah kau dan bukan aku yang jadi penyebab kau dirotan 5 kali di tapak tangan kau dan kerana surat tu jugak kau kene denda berdiri di atas kerusi sepanjang hari. Bukan aku Mira. Bukan”. Sambung Fashya lagi. Nada suaranya serius memecah suasana petang yang sunyi disekitar sekolah itu. “Abes? Kat surat tu memang dah tertulis nama kau, kau masih tak nak mengaku ye Fash? ko ni orang jenis ape uh?”. Tiba-tiba Suraya menyambung.

    “Terpulanglah Amira, aku dah bersumpah tadi, bukan aku punca segala kejadian tu. Kejadian yang memalukan engkau dekat sekolah ni yang tersenarai sebagai lima pelajar harapan sekolah, yang menjadi kesayangan guru-guru. Bukan aku Mir, bukan aku dan engkau tiba-tiba datang kelas aku dan tampar muka aku dihadapan semua kawan-kawan aku, dihadapan cikgu lagi. Ko tak fikir langsung perasaan aku Mir, tapi demi Allah aku tidak pernah berdendam dengan kau. Aku kenal kau dari kecik lagi Mir. Terpulanglah. Mungkin ada orang yang nak kenakan aku atau kenakan kau”. Kata Fashya sambil menghidupkan enjin motosikalnya.

    “Fash! tunggu”. Tiba-tiba Mira bersuara. Fashya duduk tegak di atas motosikalnya menantikan bicara Amira seterusnya. “Fash, aku.. aku..”. kata-kata Mira terhenti di situ. Amira terus berlari meninggalkan Fashya dan Suraya yang tercengang-cengang melihat dia pergi. “Fashya. Kau tolonglah tengokkan dia yer”. Kata Suraya. Fashya cuma menganggukkan kepalanya dan motosikalnya dipecut laju mengejar Amira. “Amira Sofea..tunggu la dulu. Kan aku dah kata tadi kalau nak balik biar aku hantarkan”. Selamba Fashya berbicara mengekori Mira dari belakang.

    “Dah la Fash, kau pergi je. Aku dah buat salah kat ko. Aku malu Fash. Aku malu sangat”. Balas Amira sambil mengelap air mata yang berguguran. Mira sedar dia telah menghukum Fashya tanpa kaji selidik tentang kebenaran dan kepalsuan yang diterimanya. Fashya cuma mendiamkan diri. Namun dia masih mengekori gadis yang bernama Amira Sofea itu. Gadis biasa yang serba sederhana itu terlalu cantik baginya. “Hahaha..Amira kau ingat tak masa kau tampar aku tuh. Aku tercengang-cengang je masa tu. Aku ingat kau nak cakap kau suka dekat aku tapi rupa-rupanya penampar percuma aku terima”. Kata Fashya dan diikuti deraian ketawa yang besar.

    Amira terdiam. Kakinya berhenti bergerak. Amira berpusing ke arah Fashya yang berada di belakangnya. “Fash? aku..”. sekali lagi kata-kata Amira terhenti kerana mereka terpaksa berlari ke arah bus stop tidak jauh dari situ kerana hujan turun dengan lebatnya. Fashya juga berteduh sama, dia tahu Amira tidak akan naik motor lagi bersamanya. Mereka saling berpandangan. Amira tertunduk kaku sambil berpeluk tubuh, dia basah lencun. Fashya bangun lalu mendekati Amira. Amira mendongak memandang Fashya penuh curiga.

    “Nih, pakai jaket aku. Kau dah basah lencun tu nanti kau demam pulak. Kata Fashya sambil mengeluarkan jaket adidasnya dari dalam beg sebelum dia duduk semula ditempat asalnya tadi. “Aku demam? Habis kau tu tak demam ke?”. soal Amira masih memeluk baju yang diberikan Fashya sebentar tadi. “Aku lelaki, kuat..kau pakai lah, sebelum kau kena selsema”. Balas Fashya lagi. Hujan yang lebat itu membuat dua insan terduduk kaku. Hujan membuat hari itu menjadi gelap. “Amira?”. Kata seorang lelaki. “Ayah!!! Eh ayah buat apa kat sini?”. Balas Amira terkejut

    “Ayah buat ape kat sini? Anak apa kamu ni? duduk berdua-duaan dengan lelaki dalam hujan lebat dah gelap-gelap ni?”. kata Ayah Amira yang sedang menahan kemarahan. “Pakcik, kami tak buat apa-apa pun”. Balas Fashya cuba membela Amira. “Sudah! Amira mari balik!”. Jerkah Ayah Amira lagi. Amira terus menuruti kata ayahnya ketakutan. Sememangnya ayah Amira seorang yang tegas dalam mendidik anak-anak. Satu kampung tahu dengan perangainya yang tidak pernah bagi anak-anaknya bercampur tidak tentu hala tanpa kebenarannya.

    “Ayah..sakit yah..maafkan Amira..mak…”. jeritan Amira dirotan ayahnya kerana berdua-duaan dengan Fashya tadi. Mak Amira hanya mengalirkan air mata menahan sebak menlihat anak daranya dirotan sebegitu sahaja. Setelah selesai ayahnya terduduk kaku. Menyesal dan sakit hati dengan perbuatan Amira tadi. Amira terus bangun perlahan-lahan ke bilik mandi. Dekat satu jam dia berkurung disana. Dia menangis kesakitan dengan calar balar kesan rotan ayahnya di tambah lagi dengan kesakitan akibat dia terjatuh siang tadi.

    Selesai mandi, Amira bersolat dan mengaji. Dia tidak makan malam lalu terus tidur. Mak Amira masuk membawa ubat sapu. Mengalir lagi air mata seorang ibu melihat anaknya tidur dalam kesakitan dan kelaparan akibat dari perbuatan ayah yang begitu tegas dalam membimbing anak-anak. Perlahan –lahan baju Amira diselak sedikit ke atas. Begitu lembut jarinya di layang ke tubuh Amira. Tiba-tiba ayahnya muncul di pintu bilik Amira. “Mira tak makan tadi?”. Soal ayah kepada mak Amira. Mak Amira hanya menggelengkan kepala.

    Seperti biasa selesai bersiap dan bersarapan Amira keluar memakai kasut untuk menunggu bas tiba-tiba disapa ayahnya. “Mira ayah hantar hari ni”. “Baik Ayah.”. jawab Amira akur. Ketika di dalam kereta. “Mira, ayah harap kamu faham kenapa ayah rotan kamu semalam..”. kata Ayah perlahan. “Takpe Ayah, Mira faham”. Jawab Amira ringkas. Ayah Amira terdiam. Dia tahu setiap kali Amira membuat salah dia sering dihukum namun pada setiap kali itu jugalah Amira tidak pernah menyimpan dendam kepada ayahnya. “Ayah….ayah tak nak kamu jadi macam budak-budak lain, berkawan dengan lelaki tidak tentu arah kemudian mengandung nanti ayah dan mak juga yang susah Mira..”. Amira tersenyum sambil mengangguk-anggukkan kepalanya tanda faham.

    “Nih..ayah bagi lebih sikit duit belanja, kamu makanlah apa kamu nak..mesti kamu lapar malam tadi kamu tak makan..ayah risau tahu..”. kata Ayah Amira. RM10.00 dihulurkannya. Di dalam matanya jelas kelihatan air mata yang bergenang. “Assalammualaikum ayah, terima kasih”. Kata Amira sambil menghulurkan tangan di perkarangan sekolah. Keluar dari kereta Amira berjalan perlahan. Terasa sakit-sakit di badannya. Suraya yang lepak di kantin bersama rakan-rakan lain terdiam hairan melihat Amira yang berjalan seperti kura-kura itu,

    “Hah! Kau ni kenapa Mir? Macam baru lepas bersalin je aku tengok”. Kata Sue ketika Mira duduk bersebelahan dengannya. Mira menarik nafas panjang. Dia lebih banyak mendiamkan diri. Sue yang faham dengan sahabatnya itu pun buat halnya sendiri. “Sarang tembuan jangan dijolok, kalau dijolok saket badan”. Bisik Sue kepada Ayu di sebelahnya. Sebentar kemudian loceng pun berbunyi. Semua pelajar beratur mengikut kelas masing-masing. Kelas Fashya berada di belakang kelas Amira dan Sue.

    Perhimpunan pada pagi ini dirasakan begitu lama oleh Amira. Dia terasa pening, sakit-sakit dibadannya menjadi semakin kuat, Amira terduduk sambil berpeluk tubuh menahan kesakitan. Fashya perasan keadaan Amira yang tidak seperti sedia kala. Selalunya dia akan berbual-bual dengan Sue dan rakan-rakan yang lain. Setiap hari dia begitu ceria. Fashya tidak pernah terlepas peluang melihat wajah gadis kesayangannya itu. “Tapi hari ni Mira lain”. Bisik hati kecilnya. Dengan perlahan-lahan Fashya curi-curi duduk. Dia cuba mencari batu pasir kecil dihadapannya, setelah dua tiga biji ada di tangannya, Fashya membaling batu tersebut kearah Amira. Satu dua balingannya tidak dihiraukan oleh gadis itu. “Psst Mir! Mir! Amira!”. Jerit Fashya separuh berbisik. Amira memandang Fashya sayu. Fashya tersenyum..lalu mengungkap kata tetapi hanya bibirnya sahaja yang terkumat kamit “ko..ko kenapa? Ok x?”. soalan Fashya. “Ok”. Balas Amira.

    Dengan tiba-tiba sahaja pandangannya menjadi gelap. Amira terus tidak sedarkan diri. Dia pengsan. Buka-buka sahaja mata, Sue dan Ayu berada disebelahnya dan mereka tersenyum. “Erm, aku kat bilik rawatan ke ni? Kenapa?”. Soal Amira sambil memegang kepalanya yang agak pening. “Ko pengsan tadi Mir, menggelabah si Fash tadi pastu cikgu yang angkat kau naik ke kelas ni tadi”. Balas Sue dan Ayu cuma menganggukkan kepala. “Ohh, erm dah la Sue dah ok ni..jom kita balik kelas”. Jawab Mira lagi.

    “Amira Sofea, ko da ok ke ni?”. Soal Fashya sambil meletakkan gelas sirapnya dimeja Amira. Amira menjeling dan cuma mendiamkan diri. “Aku dok sini bolehkan? Makan sekali dengan kau..”. Soal Fashya lagi. “Boleh je..ko duduk je Fash..”. jawab Sue dan Ayu pula mengangguk sambil tersenyum. “Ko boleh duduk tempat lain kan?!!! Seboklah ko ni Fash!!!”. Jerkah Amira sebelum berlalu pergi. Fashya terdiam. Banyak mata yang memandangnya di kantin ketika itu.

    Pada hari sabtu pagi ketika Amira dan ibunya baru sahaja pulang dari ke pasar, Amira melihat ada beberapa orang di hadapan rumahnya. “Eh? Siapa pulak yang datang ni ibu? Kenapa ramai-ramai ni?”. Soal Amira kepada ibunya. Ibunya menggeleng tidak tahu apa yang terjadi. “Ah! Amira, ayah kamu kemalangan tadi dekat simpang 4 tu..nasib baik ada anak Othman menolong kalau tidak dah kena langgar orang tua tu”. Bebelan dari pak ngahnya tidak lagi dia hiraukan. Amira terus berlari ke dalam rumah mendapatkan ayahnya.

    “Ayah!!! Ayahhh!”. Jerit Amira lagi. Manakala barang-barang yang dibawanya tadi dilepaskan ketanah. Airmatanya mengalir laju. Tiba dibilik ayahnya dia berdiri kaku. Melihat ayahnya dipembaringan dengan luka yang masih berdarah dan berbalut di sana sini. “Ayahhhhhhh maafkan Amira ayahhh.. ayah tak apa-apa ke? Kenapa sampai jadi macam ni”. Raung Amira. Ayahnya cuma tersenyum di dalam kesakitan. Kepala Amira diusapnya lembut. “Amiraaaa, dah tu jangan menangis lagi. Ayah elok je ni..luka sikit je…sudah jangan nak merepek yaa”. Balas ayahnya pula.

    Angkat-angkat saja kepala setelah di tekup disisi ayahnya Amira mengesat air mata yang masih bersisa. “Erk!!! Ko buat apa kat sini Fash?”. Soal Amira separuh menjerit. Fashya mendiamkan diri. Serius sahaja wajahnya. “Erm saya minta diri dulu ya pakcik..”. kata Fashya lalu menghulurkan tangan untuk bersalam dengan ayah Amira tanpa memperdulikan Amira yang masih memandangnya. “Apa yang kamu pandang tu?”. Soal ayah Amira. Amira tertunduk malu. “Amira buatkan ayah kopi ya ayah?”. Kata Amira sambil berlalu pergi.

    “Alhamdulillah, nasib baik ada anak Othman kalau tak memang dah lama dah ayah arwah. Jatuh-jatuh je dari motor ada lori dekat belakang masa tu ayah dah tak larat nak bangun mujurlah dia ada”. Cerita ayah Amira lagi. Ibunya tekun mendengar cerita dari suaminya. Amira pula lebih banyak mendiamkan diri. “Kalau tak salah ayah, dia kan budak yang bersama kamu dekat bus stop dulu?”. Tanya ayah Amira sambil memandang anaknya itu yang leka memicit ayahnya. “Erm, a’ah ayah, dialah..kami kawan je ayah..”. jawab Amira perlahan.

    “Ayah tak kisah kalau betul-betul berkawan, tapi jangan berlebih-lebihan pula..esok malam kamu ajak dia datang rumah ya, ajak dia makan malam dekat rumah kita lepas solat maghrib..”. kata ayah Amira itu membuat Amira terbeliak sebentar. “Assalammualaikum”. Laung Amira sambil membawa sepiring kek ke rumah Fashya. “Waalaikumsalam, siapa tu? Oh Amiraaaa masuklah nakk..”. jawab Mak Fashya mesra. “Terima kasih makcik, erm ni ada kek sikit”. Jawab Amira sambil menghulurkan kek yang dibawanya tadi.

    “Ahh kek ni mesti Amira yang buat kan? Mesti sedap”. Jawab mak Fashya pula. Amira tersenyum simpul. “Ermm makcik, Fashya ada tak?”. Soal Amira tersekat-sekat. “Fash? Ada dekat atas tuuu pergilah..”. jawab mak Fashya lagi. “Fashhhh!!! Turun kejap nakk Amira nak jumpa niii”. Laung mak Fashya. Amira leka melihat-lihat pingat dan piala milik Fashya yang sememangnya aktif dalam aktiviti di sekolah.

    “Erm. Ada apa?”. Soal Fashya di anak tangga. “Eh..erm..ahh..”. jawab Amira tersekat-sekat. “Kalau takda apa-apa, takpelah..naik dulu”. Balas Fashya. “Eh!! Tunggu jap..erm macam ni, ayah Mir jemput Fash datang rumah malam ni, dia ajak makan malam sebab nak ucap terima kasih pada Fash coz tolong dia tempoh hari..”. terang Amira lembut. “Ohh..takpelah..hari tu pun dia dah ucap terima kasih..bukan mintak balas pun”. Jawab Fashya sambil membetul-betulkan rambutnya. Amira terdiam.

    “Hishh tak baik macam tu nakkk, orang dah jemput kita wajib pergi..lagipun bukan apa..ajak makan je kan..pergilah nak..tak baik hampakan harapan orang..”. Sampuk mak Fashya yang kebetulan terdengar perbualan mereka tadi. Cepat-cepat Amira memandang kearah lain apabila Fashya merenungnya. “Erm, ok lah camtu..nanti Fash datang..”. balas Fashya sebelum berlalu pergi.

    “Terima kasih makcik, Amira balik dulu ya..”. Kata Amira manakala ibu Fash mengangguk mengiyakan. “Fash? Kamu pergi ye nak rumah pakcik kamu tu, bukan orang lain pun bapa saudara kamu jugak..nanti kecil pulak ati orang tua tu..pergi ye nak..”. pujuk ibu Fash. Fash hanya mendiamkan diri sambil merenung ke luar jendela.

    “Assalammualaikum, makcik..pakcik..”. laung Fash. “Waalaikumsalam..haa Fash kamu dah sampai pun marilah masuk dan nak maghrib ni kita solat dulu”. Kata Ayah Amira. “Macamana makan malam ni? Sedap tak Fash?”. Soal Ayah Amira. Fash tersenyum dan mengangguk sahaja. Amira tertunduk malu-malu. Walaupun mereka sepupu hubungan mereka tidak pernah serapat ini.

    “Haaa Amira..kamu ada buat air panas tak ni..kami lepas makan mesti kena minum air panas..kalau tak buat lagi buat cepat sikit..Fash pun dah letih ni haah”. Kata Ayah Amira lagi.






Tiada ulasan:

PENGALAMAN NGERI DALAM BILIK BEDAH

Assalammualaikum, lov sambung lagi cerita dari yg ni pengalaman-mengandungkan-anak-kedua masuk je bilik bedah semua dah...