Isnin, 14 Disember 2015

Komik Bisikan Paradoks - Ito Junji




Assalammualaikum,

Komik seram kali ni lov nk siarkan pasal komik

BISIKAN PARADOKS

harganya RM8.50


Muka depan x berapa nk cantik..bagi lov lah...

mungkin bagi korang dah cukup cun bagi genre seram..

lov beli pasal nama penulis dia tu..ITO JUNJI.. pelik..ehehee

eh tak lah, sebenarnya pasal tulisan bwh nama tu,

'seram terbaik jepun'

nk jgk baca yg cmne dikatakan terbaik jepun tu..hihihi
 


ITO JUNJI ni adalah seorang bekas doktor gigi ok...

bkn calang2 orangnya

beliau mula ceburi bkecimpung dgn manga genre seram ni dari

pengaruh kakaknya sendiri & karya  kazuo  Umezu



dasat x....dasyat..dashyat  ooo ok lov dah lupa cmna nk eja dasat..


T_T



Memang tidak melampau kot kalo lov katakan dia mmg hbt..

dan sememangnya layak sgt dinobatkan mangaka genre seram tbaik jepun

ceritanya seram dan bukan sesuatu yang kita boleh baca

apa jd selepas tu..


seronok dan tak rugi korang kalau beli komik ni..besttt..



tat's all..


papai~~~~~ 



 

Komik Seram Sumpahan Anak Patung - Makihara Wakana




Assalamualaikum,

Tengok je ilustrasi kulit komik ni, menarik & cool gila..

seram weyh...korang x seram ke.. :P
 


Harga komik ni RM7.50

Lukisan watak2 dalam ni macam dalam komik lama-lama dulu..

xde la comel ke hape..myb saje nk bg watak tu nampak serius dan seram

ikut tema komik seram kan..hohoh


dalam komik ni pun ada beberapa cerita pendek, 

cerita utama tu ( tajuk) biasalah dia lebih panjang sikit dari lain-lain



komik ni agak popular di kalangan anak sekolah rendah

macam ank lov (11 tahun) dia dgn kwn2 dia (sekolah men. bwh) 

iaitu tingkatan 1-2 selalu baca dan pinjam komik ni



diorang akn baca berkali-kali, cerita dekat kawan2..then esok lusa pinjam lagi..

dan lagi.. -..-


anak lov kata kwn2 semua kata cerita ni yang paling seram..

lov gelak je..myb pada peringkat awal diorg baru baca 

satu dua cerita je diorang dah anggap seram..


terus lov hulur komik cinta puaka simpang 4

melalak lari xnak...haahahah


mcm lov paling lov xminat pn lov still akn baca 2x satu2 cerita tu..

yang minat jgn cakap lah, time bosan, sedih ke, nak jalan jauh ke

memang dah ada dalam beg utk bacaan kt mn2 pun..


selalu kalau g kursus member2 kursus akn pelik  tgok lov

:P

 
cerita laen plak...hahahahaha


ok tat's all 4today...



papai~~~

Komik Seram Si Kembar Furou - Yuki Shiwasu




Assalammualaikum,

 Kulit komik ni je dah menarik hati lov, tengok plak watak tu..

nama je komik seram, tp watak 2 orang tu nmpk cute habis.. :P

harga RM7.50



Dua orang ni adik beradik kembar, tgok tajuk lah kan..

lelaki tu adik, perempuan tu kakak..

diorg ni tak boleh berjauhan, kena bersama-sama kemana pun..



Sebabnya diorg ni pernah sakit teruk

sampai diorg boleh nampak hantu, sejak tu diorg xboleh bersendirian

terpaksa bersama je, coz kalau diorg bersama diorg tak akan 

nmpk or diganggu oleh hantu2 tu..

 Oleh kerana kena selalu bersama, mcm2 masalah yang diorg hadapi..

di sekolah, di rumah..mandi pun bersama...korang bayangkan lah..

kisahnya menarik, semua ada dalam satu komik ni..


ilustrasinya pun cantik, cerita kemas dan unik..

watak2 dlm ni dilukis dgn kemas dan comel, best!

tgok pic belakang komik pn cute je kan hantu tu..hahahaha


mzt korang menyampah kan..sket2 comel.. sket2 comel.. 

:P



papai~~~


KOMIK WARKAH MOMOK - SUGAWA MAKI 1




Assalammualaikum,

 Komik Warkah Momok ni ada 2 buah ye..tp lov beli satu je..

yg lagi satu bertajuk warkah momok paradoks

 

Dalam komik ni ada 9 tajuk kesemuanya,

pic muka surat pertama pun dah seram..:P

harganya RM7.50

kata penulis komik ni dihasilkan dari kisah-kisah seram peminat yg 

berutus surat pd nya.. peminat-peminat  byk menceritakan pengalaman seram sebenar

yg diorg prnh alami ..so cerita2 tu pun diadaptasikan lah dlm komik ni..





 Kebanyakannya kisah - kisah seram di dalam sekolah.

biasa lah tu kan, sekolah siapa takde kisah seram.. :P

kdg2 tgok ckgu pn seram, tgok makcik kantin pn seram..hahaha :P

dah dah merepek pula lov ni..


lps beli komik ni, lov pun sibuk ngn kerja dan kursus di sana sini

so ketinggalan utk beli komik ni yg tajuk paradoks tu..

dah lama-lama lupa terus..


myb coz cerita dia tidak bersambung antara satu sama lain

tu pasal lah takde gile nk carik jugak utk tahu kisah selanjutnya..

muhahaha..lov agk gile bila xtau penghujungnya..


dalam ni kisahnya pendek- pendek je, dan tidak berkait antara

satu sama lain.


silalah beli utk dapatkan komik ni di pasaran..rasanya ada lagi kot..

rasa lah...


papai~~


PENGALAMAN NGERI DALAM BILIK BEDAH

Assalammualaikum, lov sambung lagi cerita dari yg ni pengalaman-mengandungkan-anak-kedua masuk je bilik bedah semua dah...