Memaparkan catatan dengan label komik alihbahasa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label komik alihbahasa. Papar semua catatan

Ahad, 10 April 2016

(SERAM) Komik Dongeng Seriau - Mizuke Kuze




Assalammualaikum

walaupun watak-watak dalam ni comel belaka

mcm ermm ahh patung2 kertas yang kita pernah main suatu ketika dulu

kalo ada lg lah sekarang ni..comel2 kan..?


tapi, cerita ni boleh dikatakan seram..

ce korang baca tag line dia bwh sekali tu...seram weyh..

"ngeri itu indah''


lov dlu cikgu ajar.. "seni itu indah'' lol
 


komik ni berharga RM10.00

mahal sket kan dari biasa...coz komik ni tebal sikit dari yang biasa tu

memang best, puas baca..



komik ni hitam putih..yup kebanyakan komik seram hitam putih ok..

baru ada feel.. :P


dlm ni ada beberapa tajuk lain...yg lov rasa sume best2..


tgok lagi kt belakang tu dia tulis..

seram tp menawan

cantik namun menggerunkan

lol


best dan memang wajib korang beli komik ni..



tat's all


papai..

Selasa, 9 Februari 2016

(SERAM) Komik Tercipta Kejora - Julietta Suzuki




Assalammualaikum, 

haloooo kali ni kita review pasal komik ni plak..

tengok muka depan je dah macam kartun..

ye ye lov tahu la komik ni pun katon..tapi komik dengan katon lain ok..

ada beza dkt ctu.. :P
 


katun or watak dalam ni lebih kurang macam katun orang putih..

beza ok katun jepun dgn katun orang putih..

apa ye lov nak cakap...erm lov terus terang jela ye..

katon orang putih nmpk boring sket...beza ngn katun anime..

so tak berapa nk feel bila mbaca tu.. -.-''

maaf ye ini pendapat lov sahaja..




kisah dalam ni konon2 mereka dalam dunia kegelapan..

ada kerajaan pontianak la..org2 kg la dan mcm lg..

 seorang gadis menjadi mangsa korban kg nya


di campak kedalam hutan..akhirnya dia ditemui oleh pontianak..

bermulalah kisah mereka berdua.. :P

ala2 twilight gitu...


so macamana boleh ke dia teruskan hidup di kalangan pontianak...

siapa kah gadis itu yang sebenarnya..pontianak tu akan bunuh dia ke tidak
 
hahahaha korang kena la beli dan baca sediri :P



papai~~



notakaki : aku xphm mcmn dia boleh letak komik ni jd komik seram..ermmph
 

(SERAM) Roh Mata Satu (2) - Kohaku Naoto




Assalammualaikum darling2 semua..

Meh lov sambung balik review pasal sambungan komik 

Roh Mata Satu (bhgn 2 - TAMAT)


haa buku ni ada 2 buah je ya.. 1 & 2



Komik ke 2 ni macam pertama juga.

kisah seorang pelajar perempuan yang mati tidak tenang

dikatakan rohnya ada di sebuah kuil Shinto


dalam komik ke 2 ni, korang akan tahu kenapa dan macamana budak 

tu mati, sedih jugak kisah dia..pasal tu dia mati tidak tenang..huhu

 
slps dia mati siapa2 yang terjumpa dengannya @ saje2 dtg utk berjumpa dgnnya

akan dikabulkan segala permintaannya..

 




Meskipun dia dah mati, dia tetap menunggu ayahnya datang menjemput dia

kesian betul, kisah ni penamat segalanya.


budak yang mati tu or hantu tu takdelah menakutkan pun

wataknya dilukis seperti seorang pelajar perempuan beruniform sekolah

msebelah mata dan kepalanya di balut dengan kain putih..macam orang cedera

dan ada darah mengalir di mata tu..


lain-lain normal je..

apa-apa pun watak-watak dalam komik ni dilukis dengan menarik

dan mudah untuk fahami setiap watak serta jalan cerita.


ok la itu saje..papai..
 

Rabu, 20 Januari 2016

(SERAM) Komik Roh Mata Satu (1) - Kohaku Naoto




Assalammualaikum,

 Jom lov kenalkan pulak dengan komik seram yang ni pulak

tajuk dia je Roh Mata Satu..



 Kalau baca sinopsis kat belakang komik ni dia ada terangkan..

komik ni berkenaan seorang gadis yg mati dalam keadaan yg tidak tenang

roh gadis ni boleh tunaikan hajat org lain yg dtg ke sebuah kuil Shinto.






 Semua hajat yg diminta pasti akan dimakbulkan

TAPI

itu semua bergantung kepada hati, kalau baik benda yang diminta tu

eloklah perkara yang terjadi..

DAN


kalau sesuatu untuk kepentingan diri sendiri atau pun yang tidak elok

pasti akan terkena diri sendiri..



Bagi pendapat lov bila dah baca komik ni, ianya lebih kurang sama sahaja

dengan Komik Magis Manis Coklat yg dpt tunaikan hajat org laen..


setiap hajat pasti ada balasan, samada baik atau tidak bergantung 

pada si peminta hajat tu sendiri


ada yang berjaya dan berakhir dengan gembira 

tidak kurang pula yang bermula dengan gembira tapi berakhir dengan tragedi



be careful with what u wishing for :P


oh ye, komik Roh mata satu ni ada 2 buah kesemuanya..ini yg pertama..

tunggu next entry lov kupas komik yg kedua pula ok.. 


harga komik ni masa lov beli adalah RM7.50




OK..


papai~~~




Isnin, 14 Disember 2015

Komik Bisikan Paradoks - Ito Junji




Assalammualaikum,

Komik seram kali ni lov nk siarkan pasal komik

BISIKAN PARADOKS

harganya RM8.50


Muka depan x berapa nk cantik..bagi lov lah...

mungkin bagi korang dah cukup cun bagi genre seram..

lov beli pasal nama penulis dia tu..ITO JUNJI.. pelik..ehehee

eh tak lah, sebenarnya pasal tulisan bwh nama tu,

'seram terbaik jepun'

nk jgk baca yg cmne dikatakan terbaik jepun tu..hihihi
 


ITO JUNJI ni adalah seorang bekas doktor gigi ok...

bkn calang2 orangnya

beliau mula ceburi bkecimpung dgn manga genre seram ni dari

pengaruh kakaknya sendiri & karya  kazuo  Umezu



dasat x....dasyat..dashyat  ooo ok lov dah lupa cmna nk eja dasat..


T_T



Memang tidak melampau kot kalo lov katakan dia mmg hbt..

dan sememangnya layak sgt dinobatkan mangaka genre seram tbaik jepun

ceritanya seram dan bukan sesuatu yang kita boleh baca

apa jd selepas tu..


seronok dan tak rugi korang kalau beli komik ni..besttt..



tat's all..


papai~~~~~ 



 

Komik Seram Sumpahan Anak Patung - Makihara Wakana




Assalamualaikum,

Tengok je ilustrasi kulit komik ni, menarik & cool gila..

seram weyh...korang x seram ke.. :P
 


Harga komik ni RM7.50

Lukisan watak2 dalam ni macam dalam komik lama-lama dulu..

xde la comel ke hape..myb saje nk bg watak tu nampak serius dan seram

ikut tema komik seram kan..hohoh


dalam komik ni pun ada beberapa cerita pendek, 

cerita utama tu ( tajuk) biasalah dia lebih panjang sikit dari lain-lain



komik ni agak popular di kalangan anak sekolah rendah

macam ank lov (11 tahun) dia dgn kwn2 dia (sekolah men. bwh) 

iaitu tingkatan 1-2 selalu baca dan pinjam komik ni



diorang akn baca berkali-kali, cerita dekat kawan2..then esok lusa pinjam lagi..

dan lagi.. -..-


anak lov kata kwn2 semua kata cerita ni yang paling seram..

lov gelak je..myb pada peringkat awal diorg baru baca 

satu dua cerita je diorang dah anggap seram..


terus lov hulur komik cinta puaka simpang 4

melalak lari xnak...haahahah


mcm lov paling lov xminat pn lov still akn baca 2x satu2 cerita tu..

yang minat jgn cakap lah, time bosan, sedih ke, nak jalan jauh ke

memang dah ada dalam beg utk bacaan kt mn2 pun..


selalu kalau g kursus member2 kursus akn pelik  tgok lov

:P

 
cerita laen plak...hahahahaha


ok tat's all 4today...



papai~~~

Komik Seram Si Kembar Furou - Yuki Shiwasu




Assalammualaikum,

 Kulit komik ni je dah menarik hati lov, tengok plak watak tu..

nama je komik seram, tp watak 2 orang tu nmpk cute habis.. :P

harga RM7.50



Dua orang ni adik beradik kembar, tgok tajuk lah kan..

lelaki tu adik, perempuan tu kakak..

diorg ni tak boleh berjauhan, kena bersama-sama kemana pun..



Sebabnya diorg ni pernah sakit teruk

sampai diorg boleh nampak hantu, sejak tu diorg xboleh bersendirian

terpaksa bersama je, coz kalau diorg bersama diorg tak akan 

nmpk or diganggu oleh hantu2 tu..

 Oleh kerana kena selalu bersama, mcm2 masalah yang diorg hadapi..

di sekolah, di rumah..mandi pun bersama...korang bayangkan lah..

kisahnya menarik, semua ada dalam satu komik ni..


ilustrasinya pun cantik, cerita kemas dan unik..

watak2 dlm ni dilukis dgn kemas dan comel, best!

tgok pic belakang komik pn cute je kan hantu tu..hahahaha


mzt korang menyampah kan..sket2 comel.. sket2 comel.. 

:P



papai~~~


KOMIK WARKAH MOMOK - SUGAWA MAKI 1




Assalammualaikum,

 Komik Warkah Momok ni ada 2 buah ye..tp lov beli satu je..

yg lagi satu bertajuk warkah momok paradoks

 

Dalam komik ni ada 9 tajuk kesemuanya,

pic muka surat pertama pun dah seram..:P

harganya RM7.50

kata penulis komik ni dihasilkan dari kisah-kisah seram peminat yg 

berutus surat pd nya.. peminat-peminat  byk menceritakan pengalaman seram sebenar

yg diorg prnh alami ..so cerita2 tu pun diadaptasikan lah dlm komik ni..





 Kebanyakannya kisah - kisah seram di dalam sekolah.

biasa lah tu kan, sekolah siapa takde kisah seram.. :P

kdg2 tgok ckgu pn seram, tgok makcik kantin pn seram..hahaha :P

dah dah merepek pula lov ni..


lps beli komik ni, lov pun sibuk ngn kerja dan kursus di sana sini

so ketinggalan utk beli komik ni yg tajuk paradoks tu..

dah lama-lama lupa terus..


myb coz cerita dia tidak bersambung antara satu sama lain

tu pasal lah takde gile nk carik jugak utk tahu kisah selanjutnya..

muhahaha..lov agk gile bila xtau penghujungnya..


dalam ni kisahnya pendek- pendek je, dan tidak berkait antara

satu sama lain.


silalah beli utk dapatkan komik ni di pasaran..rasanya ada lagi kot..

rasa lah...


papai~~


Selasa, 10 November 2015

(SERAM) Sangkala Puaka - SERAM THAILAND




Assalammualaikum,

 Komik kali ni adalah dari Siam Inter Comics

cerita seram Thailand yang diadaptasikan ke dalam komik



Macam lov dari kecil memang takut dengan cerita-cerita seram Thailand

selau tengok dengan arwah nenek di rumah jiran bila 

keluar cerita seram Thailand ni..


Rumah kami tiada tv, jiran2 plak ske tengok tv ramai2..mkn2 borak2..

budak2 longgok dekat dpn tv, memang tgn melekat kat muka jela..

takut..


Gambar dalam ni lebih kemas, dan ceritanya pun tersusun cantik

ceritanya mendebarkan, kadang-kadang boleh rasa macam benda yang kita

baca tu ada je berada kat sekeliling kita..lol
 


 setiap tempat ada kisah seramnya yang tersendiri

kalau nak tahu kisah seram Thailand boleh miliki buku ni

dan baca sendiri..kalau baca kisah seram janganlah duduk 

dekat tempat ramai orang, memang xde perasaan langsung nanti..


hahaha itu lov lah..korang cmne plak?

oh ya, waktu lov beli buku ni harganya RM7.50 sahaja..

kini dah naik mendadak kan harga2 komik di pasaran..urmm


ok lah papai..





Sabtu, 7 November 2015

(SERAM) Magis Manis Coklat - Mizuho Rino




Assalammualaikum,

 Komik Magis Manis Coklat yang ni kalau tak salah lov 

adalah komik Magis Manis Coklat yang pertama

coz dia takde tajuk kecil macam yang lain-lain


lov pn dah lupa coz dah lama sangat..kena tengok balik senarai komik

dekat Gempak Starz


Jemputlah ke kedai ku segala hajatmu akan termakbul..

sebagai bayaran, sesuatu yang paling berharga dalam hidup mu

akan aku ambil.. >:)
 


 kisah suka duka yang penuh misteri..

nak cakap Aikawa Shokora ni jahat tak jugak..ada juga cerita yang dia

tolong orang dlm komik2 nya



ada juga kalo kita baca kite akan

haaa padan muka kau...jht sgt.. kikiki


*aura jht klua* :P






(SERAM) Magis Manis Coklat - Bitter Sweet - Mizuho Rino




Assalammualaikum

Macam biasa watak muka depan ni adalah watak utama si pembuat dan pemilik

kedai coklat yang kononnya dapat menunaikan segala hajat terpendam

jom temui pemilik kedai misteri ini, Aikawa Shokora 



kali ni Magis Manis Coklat bertajuk 'Bitter Sweet'


Dapatkan kamu menikmati coklat yg boleh memakbulkan segala hajat

kerana setiap hajat mu ada bayaran yang perlu kamu bayar..


sesuatu benda terpenting dalam hidupmu..


hei fakta yg mungkin anda tak tahu, penulis komik ini iaitu Mizuho Rino 

dilahirkan pada 1 Disember...jadi dia berbintang Sagitarius..

sama mcm lov...hahahah


oh ye dlm satu2 komik Magis Manis Coklat ni selalunya

ada lebih dari 3 cerita..dlm bitter sweet ni plak

ada 6 cerita menarik menanti anda semua..


tat's all :p








(SERAM) Magis Manis Coklat - Creamy Sugar - Mizuho Rino




Assalammualaikum,

 Magis Manis coklat, Creamy Sugar

pic kat muka depan ni lah pembuat dan pemilik kedai coklat tu

Aikawa Shokora


Setiap orang pasti ada benda or perkara yang dia nak sangat 

dalam hidup ni tp tak dapat..


setiap orang pasti mahu menikmati coklat yang lazat berkrim yang

lebih penting ianya dapat memakbulkan segala hajat di hati..

tapi benda yang xsepatutnya kita dapat dan kita tetap 

nak dapatkannya pasti ada bayarannya...


apakah segala hajat yang dihajati dapat dimakbulkan??


dalam siri ni akan muncul lagi seorang pembikin coklat yang akan menyingkap

kisah silam pembikin coklat Aikawa Shokora..


Pembikin coklat Aikawa Shokora akan memakbulkan hajat di hatimu

dgn coklat buatan khasnya..


tapi, dia juga akan meragut benda terpenting dalam hidupmu..


berhati-hati dengan apa yang kau hajati..



eh..cam seram plak ye...hahahahah so kalau nak tahu cerita lebih lanjut

sila dapatkan ok..



tat's all..




PENGALAMAN NGERI DALAM BILIK BEDAH

Assalammualaikum, lov sambung lagi cerita dari yg ni pengalaman-mengandungkan-anak-kedua masuk je bilik bedah semua dah...