Memaparkan catatan dengan label gambar komik terbaru. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label gambar komik terbaru. Papar semua catatan

Rabu, 20 Januari 2016

(SERAM) Komik Roh Mata Satu (1) - Kohaku Naoto




Assalammualaikum,

 Jom lov kenalkan pulak dengan komik seram yang ni pulak

tajuk dia je Roh Mata Satu..



 Kalau baca sinopsis kat belakang komik ni dia ada terangkan..

komik ni berkenaan seorang gadis yg mati dalam keadaan yg tidak tenang

roh gadis ni boleh tunaikan hajat org lain yg dtg ke sebuah kuil Shinto.






 Semua hajat yg diminta pasti akan dimakbulkan

TAPI

itu semua bergantung kepada hati, kalau baik benda yang diminta tu

eloklah perkara yang terjadi..

DAN


kalau sesuatu untuk kepentingan diri sendiri atau pun yang tidak elok

pasti akan terkena diri sendiri..



Bagi pendapat lov bila dah baca komik ni, ianya lebih kurang sama sahaja

dengan Komik Magis Manis Coklat yg dpt tunaikan hajat org laen..


setiap hajat pasti ada balasan, samada baik atau tidak bergantung 

pada si peminta hajat tu sendiri


ada yang berjaya dan berakhir dengan gembira 

tidak kurang pula yang bermula dengan gembira tapi berakhir dengan tragedi



be careful with what u wishing for :P


oh ye, komik Roh mata satu ni ada 2 buah kesemuanya..ini yg pertama..

tunggu next entry lov kupas komik yg kedua pula ok.. 


harga komik ni masa lov beli adalah RM7.50




OK..


papai~~~




Isnin, 14 Disember 2015

Komik Bisikan Paradoks - Ito Junji




Assalammualaikum,

Komik seram kali ni lov nk siarkan pasal komik

BISIKAN PARADOKS

harganya RM8.50


Muka depan x berapa nk cantik..bagi lov lah...

mungkin bagi korang dah cukup cun bagi genre seram..

lov beli pasal nama penulis dia tu..ITO JUNJI.. pelik..ehehee

eh tak lah, sebenarnya pasal tulisan bwh nama tu,

'seram terbaik jepun'

nk jgk baca yg cmne dikatakan terbaik jepun tu..hihihi
 


ITO JUNJI ni adalah seorang bekas doktor gigi ok...

bkn calang2 orangnya

beliau mula ceburi bkecimpung dgn manga genre seram ni dari

pengaruh kakaknya sendiri & karya  kazuo  Umezu



dasat x....dasyat..dashyat  ooo ok lov dah lupa cmna nk eja dasat..


T_T



Memang tidak melampau kot kalo lov katakan dia mmg hbt..

dan sememangnya layak sgt dinobatkan mangaka genre seram tbaik jepun

ceritanya seram dan bukan sesuatu yang kita boleh baca

apa jd selepas tu..


seronok dan tak rugi korang kalau beli komik ni..besttt..



tat's all..


papai~~~~~ 



 

Komik Seram Sumpahan Anak Patung - Makihara Wakana




Assalamualaikum,

Tengok je ilustrasi kulit komik ni, menarik & cool gila..

seram weyh...korang x seram ke.. :P
 


Harga komik ni RM7.50

Lukisan watak2 dalam ni macam dalam komik lama-lama dulu..

xde la comel ke hape..myb saje nk bg watak tu nampak serius dan seram

ikut tema komik seram kan..hohoh


dalam komik ni pun ada beberapa cerita pendek, 

cerita utama tu ( tajuk) biasalah dia lebih panjang sikit dari lain-lain



komik ni agak popular di kalangan anak sekolah rendah

macam ank lov (11 tahun) dia dgn kwn2 dia (sekolah men. bwh) 

iaitu tingkatan 1-2 selalu baca dan pinjam komik ni



diorang akn baca berkali-kali, cerita dekat kawan2..then esok lusa pinjam lagi..

dan lagi.. -..-


anak lov kata kwn2 semua kata cerita ni yang paling seram..

lov gelak je..myb pada peringkat awal diorg baru baca 

satu dua cerita je diorang dah anggap seram..


terus lov hulur komik cinta puaka simpang 4

melalak lari xnak...haahahah


mcm lov paling lov xminat pn lov still akn baca 2x satu2 cerita tu..

yang minat jgn cakap lah, time bosan, sedih ke, nak jalan jauh ke

memang dah ada dalam beg utk bacaan kt mn2 pun..


selalu kalau g kursus member2 kursus akn pelik  tgok lov

:P

 
cerita laen plak...hahahahaha


ok tat's all 4today...



papai~~~

Komik Seram Si Kembar Furou - Yuki Shiwasu




Assalammualaikum,

 Kulit komik ni je dah menarik hati lov, tengok plak watak tu..

nama je komik seram, tp watak 2 orang tu nmpk cute habis.. :P

harga RM7.50



Dua orang ni adik beradik kembar, tgok tajuk lah kan..

lelaki tu adik, perempuan tu kakak..

diorg ni tak boleh berjauhan, kena bersama-sama kemana pun..



Sebabnya diorg ni pernah sakit teruk

sampai diorg boleh nampak hantu, sejak tu diorg xboleh bersendirian

terpaksa bersama je, coz kalau diorg bersama diorg tak akan 

nmpk or diganggu oleh hantu2 tu..

 Oleh kerana kena selalu bersama, mcm2 masalah yang diorg hadapi..

di sekolah, di rumah..mandi pun bersama...korang bayangkan lah..

kisahnya menarik, semua ada dalam satu komik ni..


ilustrasinya pun cantik, cerita kemas dan unik..

watak2 dlm ni dilukis dgn kemas dan comel, best!

tgok pic belakang komik pn cute je kan hantu tu..hahahaha


mzt korang menyampah kan..sket2 comel.. sket2 comel.. 

:P



papai~~~


KOMIK WARKAH MOMOK - SUGAWA MAKI 1




Assalammualaikum,

 Komik Warkah Momok ni ada 2 buah ye..tp lov beli satu je..

yg lagi satu bertajuk warkah momok paradoks

 

Dalam komik ni ada 9 tajuk kesemuanya,

pic muka surat pertama pun dah seram..:P

harganya RM7.50

kata penulis komik ni dihasilkan dari kisah-kisah seram peminat yg 

berutus surat pd nya.. peminat-peminat  byk menceritakan pengalaman seram sebenar

yg diorg prnh alami ..so cerita2 tu pun diadaptasikan lah dlm komik ni..





 Kebanyakannya kisah - kisah seram di dalam sekolah.

biasa lah tu kan, sekolah siapa takde kisah seram.. :P

kdg2 tgok ckgu pn seram, tgok makcik kantin pn seram..hahaha :P

dah dah merepek pula lov ni..


lps beli komik ni, lov pun sibuk ngn kerja dan kursus di sana sini

so ketinggalan utk beli komik ni yg tajuk paradoks tu..

dah lama-lama lupa terus..


myb coz cerita dia tidak bersambung antara satu sama lain

tu pasal lah takde gile nk carik jugak utk tahu kisah selanjutnya..

muhahaha..lov agk gile bila xtau penghujungnya..


dalam ni kisahnya pendek- pendek je, dan tidak berkait antara

satu sama lain.


silalah beli utk dapatkan komik ni di pasaran..rasanya ada lagi kot..

rasa lah...


papai~~


Selasa, 10 November 2015

(SERAM) Dari Alam Angker - Warisan Puaka - Nizam Bachok




Assalammualaikum,

Komik 'Dari Alam Angker - Warisan Pusakan' 

ini adalah karya Nizam Bachok

ye ini adalah karya orang tempatan kita di Malaysia ni



siapa kata kartunis2 kita x berbakat mcm penulis pelukis komik japan

cume kita ni lebih suka memilih komik2 luar kan..

macamana komik tempatan nk mendapat sambutan..

cakap org diri sendiri pn sama jugak

 Dalam ni ada 7 cerita seram yang berlainan

cerita seramnya tentulah yang memang kita sudah tahu

seperti orang minyak,  susuk, toyol, dan beberapa tajuk lain

ceritanya seram memang la seram tapi sebab kita dah memang


di momok-momokkan dengan cerita ni dari kta kecil lagi, so dah jadi xheran

bila baca pun macam dah boleh agak apa jadi selepas tu

so macam xde perasaan lah baca..


lagi satu pandangan lov pasal buku ni, cara lukisan dia 

yang buat kita rasa kita sedang membaca majalah or katun bujal

kalau korang pernah baca lah..


jadi di sebabkan itu kurang sikit rasa berminat nak membeli or

baca kisah ini seterusnya, lagi dan lagi camtu..

tapi lov tetap beli, baca sekali then simpan...


itu lov lah, ada jugak kawan-kawan lov yang lebih sukakan buku2 

yang di lukis dan di tulis cmni..setiap orang tu kan berbeza

kalau nak tahu tak salah mencuba, beli satu baca sampai habis then 

tentukan sendiri..



tat's all

Sabtu, 7 November 2015

(SERAM) Magis Manis Coklat - Bitter Sweet - Mizuho Rino




Assalammualaikum

Macam biasa watak muka depan ni adalah watak utama si pembuat dan pemilik

kedai coklat yang kononnya dapat menunaikan segala hajat terpendam

jom temui pemilik kedai misteri ini, Aikawa Shokora 



kali ni Magis Manis Coklat bertajuk 'Bitter Sweet'


Dapatkan kamu menikmati coklat yg boleh memakbulkan segala hajat

kerana setiap hajat mu ada bayaran yang perlu kamu bayar..


sesuatu benda terpenting dalam hidupmu..


hei fakta yg mungkin anda tak tahu, penulis komik ini iaitu Mizuho Rino 

dilahirkan pada 1 Disember...jadi dia berbintang Sagitarius..

sama mcm lov...hahahah


oh ye dlm satu2 komik Magis Manis Coklat ni selalunya

ada lebih dari 3 cerita..dlm bitter sweet ni plak

ada 6 cerita menarik menanti anda semua..


tat's all :p








(SERAM) MAGIS MANIS COKLAT = EVIL ESSENCE - RINO MIZUHO





Assalammualaikum semua,

Cerita pasal komik Magis Manis Coklat pulak ye..

komik ni bersiri, setiap keluaran ada tajuk besar yg sama


iaitu, MAGIS MANIS COKLAT

kemudian ada tajuk kecil menunjukkan siri baru dan cerita yang berlainan 

kali ni lov ambil tajuk 'evil essence'  


Mula-mula memang lov nak bagi tahu lah..lov memang xde keseluruhan koleksi ni

kalau ada pun dah tak ikut urutannya..


Dalam setiap buku watak utamanya iaitu Aikawa Shokora

adalah pemilik kedai dan pembuat coklat

 tengok tajuk lah kan..mesti ada kena mengena dengan coklat punya..haha

 cuma setiap buku ceritanya berlainan,


komik ni menceritakan perjalanan dan ragam manusia dalam kehidupan

seharian mereka, ada yang gembira, sedih, dengki, seram 

ada macam-macam
  


 Aikawa Shokora ni macam ahli sihir yang boleh tunaikan hajat

kalau baik niatnya..jadilah baik..kalau tak betul niatnya jadi sebaliknya pula

tp kadang2 yang baik pn kena jugak...coz tak bersyukur dengan apa yang ada..

ceritanya penuh dengan kejutan..kdg2 kite tak boleh nak agak pengakhirannya..





nampak x? sekali dua tu lov beli...tersalah beli sebenarnya..ingat belum ada

masa ni harga komik tak naik lagi..harganya lov beli RM7.50

tapi rupanya dah ada..huhu sedeh..

sape nak beli angkat tgn... :P


tat's all..






Khamis, 11 Jun 2015

KOMIK TEMANI AKU - SHIMAKI AKO





Assalammualaikum,

komik temani aku dari Shimaki Ako ni memang best..

walaupun ilustrasinya agak kureng dari kebiasaannya

jalan cerita tu ada dan mudah nak faham kehendak penulis

bagi setiap watak yang hado..


macam biasa, watak lelaki nakal, watak perempuan yang jatuh cinta 

pada yg tak sudi dan macam-macam lagi..


cerita cinta, xboleh nak ceritakan coz bku ni ada 

4 cerita cinta yang berlainan dan best-best..


macam biasalah pesanan dari lov, komik2 cinta macam ni

ada adegan kiss2 coz cerita2 ni berdasarkan kisah cinta 

remaja2 jepun...so kita sebagai orang islam ni xsesuai sangat



lagi-lagi para remaja...takut korang terikut-ikut plak..

macam lov, dah berkahwin, dah dewasa, boleh membezakan 

antara realiti n fantasi..



so kalo remaja2 kita nak bca elok lah yang berusia 20 tahun ke atas...

takut da baca2 ada keinginan lain plak kang..

nk try2 kat sape2 plak ke...mati..dosa tau..



papai...

Rabu, 10 Jun 2015

KOMIK SKALA CINTA 1.8 METER PERSEGI - OZAKI IRA




Assalammualaikum,

komik ni lov beli kat pasaraya mana ntah lama dlu

coz bosan sangat menunggu member shoping..lov beli komik ni

dah itu je yang hado..


alamak nyesal plk beli..lov xboleh masuklah cerita dia..

xfhm...huhu


sape yang dah baca komik ni mungkin faham kot...

or lov je sorang yang xberapa nk fhm..

bkn apa jalan cerita mcm xbest je..

huru hara..


hasil kerja dari ozaki ira memang bkn minat lov lah..

lov da try baca 2x tapi memang xboleh nk rasa best jugak...

hahaha kejam plak rasanya...


pape pun itu pendapat lov je...myb korang rasa best pulak ke kan..




Sabtu, 21 Februari 2015

KOMIK MAID MAIDEN (MONDAY - SUNDAY) - KAORU


 
Assalammualaikum

komik ni masa keluar bukan main meletop namanya disebut-sebut

n mana2 je lov pergi semua student2 cite psl komik ni..


smpai naek bosan weyh dgr cite yg sama je..

tp cite yg best2 la..xde satu pn cite yg buruk yg lov dgr..

bile da byk sgt dgr org bcerita..kita pn jadi mls nk beli nk bca..

mcm boleh bayangkan je apa ksudahannya..



tp last2 dgor sume biseng2..bku ni nk beli je hbs, nk bli je hbs..

so xtau kesudahannya..sume yg cite pn becerita yg saspen2 je..

saket plk ati..so lov pn mlancarkan misi nk g bli bku ni smpai hbs..

vol 1 - 7

iaitu monday, tuesday, wednesday, thursday, friday, saturday  n sunday
 


 

cerita ni psl girl bnama olivia ni..

dia pernah diselamatkn oleh seorang boy ni sejak dari tu olivia ni psg impian

yg boy ni adalah jejaka idaman dia dan dia akn brusaha utk dptkn boy ni..


so dia dpt tahu boy tu skola dkt sebuah skola elit, dia ngn susah pyh dpt jgk akhrnya

masuk skola tu, tp baru je masuk fmly olivia ni muflis so diorg xdpt nk sara 

olivia kt skola mhl ala2 khas utk ank org kaya je..


lebih teruk lg, mak bpk olivia ni jns xguna, diorg larikan diri

sebab diorg ni byk hutang..olivia tpkse tinggal sorang..

tp nasib ada pelajar kaya yg samseng jht romeo gile kt skola tu yg

sudi taja si olivia ni utk skola dkt ctu..

kalo setuju olivia ni akn dikenakan satu syarat..


tgok pic tu pn tau syarat apa kn..hohoho

org gaji maa...merangkap hmba abdi :P
 

 

Sejak jd hmba pd si bennet yg org gelar si setan ni olivia mula rasa si bennet ni 

xla sejahat yg org ckp2 kn, dan pkwe idaman dia plk

yg lain dari yg disangkakan..

 

 

berlaku perbalahan antara olivia, bennet dan shawn..

olivia tidak lagi tinggal di rumah bennet  malah olivia mula 

berkawan baik dgn shawn pula..
 

 


buku yg keempat akhirnya bennet mengalah, dia tahu dia dah mula cintakan

olivia..

tapi pada masa yg sama shawn juga cuba memiliki cinta olivia 

perbagai perbalahan terjadi bila rakan-rakan turut

campu sama urusan mereka..
 

  


buku yang kelima pula, bennet dan olivia mula bersama..

namun belum tentu lg hbs kt ctu..

bila putera idaman olivia mula muncul dihdpnnya

mana satu yg olivia akn pilih sebenarnya?


lelaki yg selama ini jd impian dan idamannya

atau lelaki jht, degil, gile tu?

hohoho kejam je lov punye sinopsis kan.. :P
 

 


bennet hadapi masalah dgn pelbagai halangan 

cintanya thdp olivia..


olivia plak sebok ngn cinta pertamanya..jejaka idamannya tu..

shawn pulak cuba utk bantu bennet utk dptkn smula olivia..


macam-macam hal yg terjadi..
 
 

 


 yg terakhir ni maseh ada konflik lg, bila olivia terima tiket dr luar negara 

drpd ibu bapanya,


kenapa bennet tidak selesa dgn kehadiran chris? siapa chris ni?

jejaka impian olivia ke? atau siapa?


apa pula pilihan olivia? pulang besama ibu bapanya?


bersama putera idamannya?


atau bersama bennet?


pape pn kite or senang lov ckp mcm lov sndri time rmaja or skola dlu pn

mmg suka gile ngn bdk yg paling nakal dkt skola, nakal+cute+tp pndai


suka gile...aik nape cite bnda ni plak..ok2..tu nk menggambarkan 

pangai si bennet tu..korang pn tahu kesudahannya kn..


hohohoo


udah2 cite dedolu lupekan je...xdek pekdah pon..


ok tat's all papai~~~~


 

PENGALAMAN NGERI DALAM BILIK BEDAH

Assalammualaikum, lov sambung lagi cerita dari yg ni pengalaman-mengandungkan-anak-kedua masuk je bilik bedah semua dah...