Sabtu, 19 Mac 2011

PAPA BACA KUAT-KUAT YA PA



Pada suatu malam Salleh, seorang eksekutif yang berjaya, seperti biasanya sedang sibuk mengkaji kertas-kertas kerja pejabat yang dibawanya pulang ke rumah, kerana keesokan harinya ada mesyuarat yang sangat penting dengan para pemegang saham.

Ketika dia sedang asyik meneliti dokumen-dokumen dari pejabat, anak perempuannya, Rahayu datang mendekatinya, berdiri tepat disampingnya sambil memegang sebuah buku cerita baru.

Buku bergambar pari-pari kecil yang comel, sangat menarik perhatian Rahayu, "Pa lihat"! Rahayu berusaha menarik perhatian ayahnya. Salleh menoleh ke arahnya, sambil menurunkan kacamatanya, kalimah yang keluar hanyalah kalimah basa-basi "Wah,. buku baru ya Ayu?", "

"Ya papa" Rahayu berseri-seri kerana merasa ada balasan dari ayahnya."Pa bacakanlah untuk Ayu" pinta Rahayu lembut, "Wah..... papa sibuk ni, jangan sekarang ya" sanggah Salleh dengan cepat. Lalu dia segera mengalihkan perhatiannya pada kertas-kertas yang berserakkan didepannya, dengan serius.

Rahayu termanggu sejenak, namun dia belum menyerah. Dengan suara lembut dan dengan sedikit kemanjaan dia kembali merayu "pa, mama bilang papa nak bacakan untuk Ayu" Salleh mulai agak jengkel, " Ayu!! papa sibuk, sekarang Ayu suruh mama baca ya "pa, mama sibuk, papa lihat gambarnya lucu-lucu",

"Lain kali Rahayu, ke SANA!!!! papa lagi banyak kerja" Salleh berusaha memusatkan perhatiannya pada lembar-lembar kertas tadi, minit demi minit berlalu,

Rahayu menarik nafas panjang dan tetap disitu, berdiri ditempatnya penuh harap, dan tiba-tiba Rahayu merengek lagi. "pa,.. gambarnya cantik, papa pasti suka", "RAHAYU!!!!!, PAPA KATA, LAIN KALI!!!!! " kata Salleh membentaknya dengan keras,

Kali ini Salleh berhasil, semangat kecil Rahayu terkulai, hampir menangis, matanya berkaca-kaca dan Ayu bergerak menjauhi ayahnya "Iya pa,. lain kali ya pa?" Ayu masih sempat mendekati ayahnya dansambil menyentuh lembut tangan ayahnya ia meletak buku cerita dipangkuan ayahnya "pa kalau papa ada masa, papa baca kuat-kuat ya pa, supaya Ayu dapat dengar "

Hari demi hari telah berlalu, tanpa terasa dua bulan telah berlalu namun permintaan kecil Rahayu tidak pernah dipenuhi, Buku cerita Pari-pari comel, belum pernah dibacakan untuk dirinya. Hingga satu petang terdengar suara hentakan yang kuat ; "Baammmm!!"

Beberapa orang jiran tetangga dengan histeria memberitahu bahawa Rahayu dilanggar kenderaan yang meluncur laju dihadapan rumah Salleh oleh seorang pemandu yang sedang mabok. Tubuh mungil Rahayu terpelanting beberapa meter, dalam keadaan yang panik, kedengaran suara ambulance dan dalam perjalanan menuju rumah
sakit

Rahayu sempat berkata dengan begitu sayup " Ayu takut pa, Ayu takut ma, Ayu sayang papa mama " darah segar terus keluar dari mulutnya hingga ia tidak tertolong lagi ketika sampainya di rumah sakit terdekat.

Kejadian hari ini begitu menggoncangkan hati nurani Salleh, tidak ada lagi waktu tersisa untuk memenuhi sebuah janji. Kini yang ada hanyalah penyesalan. Permintaan si buah hati yang sangat sederhana, pun tidak dipenuhi.
Masih segar terbayang dalam ingatan Salleh
tangan mungil anaknya yang memohon kepadanya untuk membacakan
sebuah cerita, kini sentuhan itu terasa sangat bererti sekali, ",...papa baca kuat-kuat ya pa, supaya Ayu boleh dengar " kata-kata Rahayu terngiang-ngiang kembali.

Petang itu setelah segalanya telah berlalu, yang tersisa hanya keheningan dan kesunyian hati, canda dan riang Rahayu tidak akan terdengar lagi, Salleh mulai membuka buku cerita peri kiut yang diambilnya dari longgokan mainan Rahayu di sudut ruangan.

Bukunya sudah tidak baru lagi, sampulnya sudah usang dan koyak. Beberapa coretan tak berbentuk menghiasi lembar-lembar halamannya seperti sebuah kenangan indah dari Rahayu. Salleh menguatkan hati, dengan mata yang berkaca-kaca Salleh membuka halaman pertama dan membacanya dengan suara yang kuat, tampak

sekali Salleh berusaha membacanya dengan kuat, Salleh terus membacanya dengan kuat-kuat halaman demi halaman, dengan berlinangan air mata. "Rahayu dengar papa baca ya" selang beberapa kata,.. hatinya memohon lagi "Rahayu.. papa mohon ampun nak"

" papa sayang Rahayu "

Seakan setiap kata dalam bacaan itu begitu menggores lubuk hatinya, tak kuasa menahan itu; Salleh bersujud dan menangis,..memohon satu kesempatan lagi untuk mencintai.

Seseorang yang mengasihi selalu mengalikan kesenangan dan membagi kesedihan kita, Ia selalu memberi PERHATIAN kepada kita; Kerana ia Peduli kepada kita

ADAKAH "PERHATIAN TERBAIK" ITU BEGITU MAHAL BAGI
MEREKA ?

BERILAH "PERHATIAN TERBAIK" WALAUPUN HANYA SEKALI

Bukankah Kesempatan untuk memberi perhatian kepada orang-orang yang kita cintai itu sangat berharga?

DO IT NOW!!!!!!!!!!!! sekiranya anda masih ada lg org2 yg ingin anda sayangi...


ps : lov dpt crita ni dr hardisk yg lov bli dr kwn abg, menangis2 lov bca cerita ni..mmg meruntun jiwa n trasa di kalbu.



3 ulasan:

SaHaNiMsofEa berkata...

Sedih sgt sy bacanye lov.............kadang2 sy juga alpa,tp mlm sebelum tdr sy pasti akan cium anak sy & minta maaf kiranya sy pernah terkasar pdnya...

LOV NOTE berkata...

btol tu, krana kesebukan masa kdg2 kite tlupa & pmintaan kcl tu pn kite xnmpk..

slalu jd kt lov, hrp2 lov sntiasa beringat dan brusaha jd ibu yg tbaek buat ank2.

smoga kite semua xjd mcm dlm crita ni..

SaHaNiMsofEa berkata...

InsyaAllah......:)

PENGALAMAN NGERI DALAM BILIK BEDAH

Assalammualaikum, lov sambung lagi cerita dari yg ni pengalaman-mengandungkan-anak-kedua masuk je bilik bedah semua dah...