BF :
Kasihku, ketumpatan cintaku padamu ialah jisim hatiku di bahagi isipadu jantungku. Masihkah kau tidak membuat sebarang anggapan??
GF :
Aku tidak percaya kepadamu kerana kau ada kekasih baru untuk menjalankan tindak balas penggantian ke atas diriku.
BF :
Kau jangan salah ertikan kecerunan garis lurus hatiku ini, kerana aku dan dia masih lagi unsur dan bukannya sebatian.
GF :
Tapi, aku berasa seperti kasihmu berkadar songsang dengan kesetiaan yg kuberikan.
BF :
Tapi, cintaku padamu adalah pemalar!
GF :
Aku masih belum mengerti lagi kerana penyelesaian yang kau berikan masih lagi belum sahih.
BF :
Tapi, aku mengamalkan hukum newton ketiga di mana tindak balas cintaku bersamaan dengan cinta yg kau berikan.
GF : Kau jangan bohong! Aku telah mengetahui bahawa kau adalah 'random' yg mempunyai janji-janji manis yg bergerak secara rawak.
BF :
Itu adalah fitnah yg telah tersebar melalui proses pencaran dan perolakan.
GF : Tetapi, mengapa kau membuat tempoh perkahwinan kita mengalami rintangan?
BF :
Aku harus menggunakan perintang boleh laras untuk mengurangkan rintangan itu.
GF : Adakah kita akan berpadu secara kimia?
BF :
Itu masih belum diketahui, tetapi hasilnya nanti dapat dilihat dengan menggunakan mikroskop cahaya.
GF : Aku khuatir kau akan bertemu dengan yg lebih aktif dan bertindak balas dengannya.
BF : Nampaknya, kita sedang bercinta tiga segi dan haruslah menggunakan hukum-hukum penyelesaian segi tiga untuk menyelesaikannya.
GF : Tapi, aku telah memberi cintaku dalam magnitud dan arahnya sekali. Masihkah kau tidak percaya?
BF : Ya, aku percaya. Tetapi aku mahu semua itu dalam bentuk lazim.
GF :
Itu semua boleh diabaikan, yang aku mahu ialah tempoh perkahwinan kita harus mengalami pecutan yg seragam.
BF : Kau harus bersabar, kerana sabar itu 0.5 dari iman.
GF : Tapi, imanku adalah infiniti!
BF : Aku tidak fikir yang iman kau infiniti kerana kau belum mendarabkannya dengan 6x10'23.
GF : Kau membuat kemarahanku meruap-ruap. Nanti bila tekanan ku melebihi tekanan udara, kau jugak yg susah kerana aku akan mengalami hemolisis.
BF : Aku sekarang bukan aku yg dulu lagi, aku telah mengalami plasmolisis.
GF : Kau betul-tul menyakitkan hatiku ini. Ku sangkakan kau intan, tetapi rupa-rupanya kau grafit. Pergi kau dari sini. Biarkan aku sendiri... ... ..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan