JOM TERJAH~

Selasa, 10 November 2015

(SERAM) Sangkala Puaka - SERAM THAILAND




Assalammualaikum,

 Komik kali ni adalah dari Siam Inter Comics

cerita seram Thailand yang diadaptasikan ke dalam komik



Macam lov dari kecil memang takut dengan cerita-cerita seram Thailand

selau tengok dengan arwah nenek di rumah jiran bila 

keluar cerita seram Thailand ni..


Rumah kami tiada tv, jiran2 plak ske tengok tv ramai2..mkn2 borak2..

budak2 longgok dekat dpn tv, memang tgn melekat kat muka jela..

takut..


Gambar dalam ni lebih kemas, dan ceritanya pun tersusun cantik

ceritanya mendebarkan, kadang-kadang boleh rasa macam benda yang kita

baca tu ada je berada kat sekeliling kita..lol
 


 setiap tempat ada kisah seramnya yang tersendiri

kalau nak tahu kisah seram Thailand boleh miliki buku ni

dan baca sendiri..kalau baca kisah seram janganlah duduk 

dekat tempat ramai orang, memang xde perasaan langsung nanti..


hahaha itu lov lah..korang cmne plak?

oh ya, waktu lov beli buku ni harganya RM7.50 sahaja..

kini dah naik mendadak kan harga2 komik di pasaran..urmm


ok lah papai..





(SERAM) Dari Alam Angker - Warisan Puaka - Nizam Bachok




Assalammualaikum,

Komik 'Dari Alam Angker - Warisan Pusakan' 

ini adalah karya Nizam Bachok

ye ini adalah karya orang tempatan kita di Malaysia ni



siapa kata kartunis2 kita x berbakat mcm penulis pelukis komik japan

cume kita ni lebih suka memilih komik2 luar kan..

macamana komik tempatan nk mendapat sambutan..

cakap org diri sendiri pn sama jugak

 Dalam ni ada 7 cerita seram yang berlainan

cerita seramnya tentulah yang memang kita sudah tahu

seperti orang minyak,  susuk, toyol, dan beberapa tajuk lain

ceritanya seram memang la seram tapi sebab kita dah memang


di momok-momokkan dengan cerita ni dari kta kecil lagi, so dah jadi xheran

bila baca pun macam dah boleh agak apa jadi selepas tu

so macam xde perasaan lah baca..


lagi satu pandangan lov pasal buku ni, cara lukisan dia 

yang buat kita rasa kita sedang membaca majalah or katun bujal

kalau korang pernah baca lah..


jadi di sebabkan itu kurang sikit rasa berminat nak membeli or

baca kisah ini seterusnya, lagi dan lagi camtu..

tapi lov tetap beli, baca sekali then simpan...


itu lov lah, ada jugak kawan-kawan lov yang lebih sukakan buku2 

yang di lukis dan di tulis cmni..setiap orang tu kan berbeza

kalau nak tahu tak salah mencuba, beli satu baca sampai habis then 

tentukan sendiri..



tat's all

Ahad, 8 November 2015

(SERAM) Komik Pemburu Igauan Ngeri - Arimasa Osawa




Assalammualaikum,

Kalau kita tengok pada gambar memang tidak akan nampak yang ini

adalah komik seram


oh ya, lupa nak maklum..pada yang dah ada atau 

tidak pernah ada komik genre seram ni

ada tulisan 'komik seram' di atas komik 

berwarna merah tu


seperti komik seram yang lain, ada diantara komik-komik ini hanya di tulis

komik seram semata..dan yang ini pula dan ada di antaranya pula

disamping tulisan komik seram turut disertakan pangkat usia yang sesuai

untuk membaca komik tersebut..iaitu "bacaan 18+ sahaja"


so faham- faham jela..sila ikut undeng-undeng tersebut ye...
 


dalam komik ni ada unsur ganas, penggunaan senjata api..

kekerasan, pembunuhan, persengketaan..

so sape2 yg dah usia 18+ je boleh fikir benda tu baik ke tak ke..

then korang tidak mudah terikut-ikut kan?

 hope so.. harga komik ini RM7.50


xde la seram mana..cuma macam lov ckp kt ats tu je..

ada sikit-sikit macam CSI, ada sikit-sikit macam Man In Black

hahah

 
oh ya, dalam ni ada 4 tajuk yang korang bole baca..

 tapi lukisan dia mmg real, nmpk gns, nmpk comel, nmpk sesuai dengan tajuk dia lah

takdelah tajuk ganas hero macam comel2 gitu kan...

pendek kata ceritanya boleh tahan, boleh layan lagi lah..



tat's all



(SERAM) Komik Jangan Pandang - Imai Yasue




Assalammualaikum,

Komik Seram Jangan Pandang Belakang Congkak ni ada 6 buah cerita

di dalamnya tau..


1. Wajah

2. Pandemik

3. Refrain

4. Duniaku

5. Foto Roh

6. Jangan Pandang

So tajuk utama komik ni ada di last sekali..dan ceritanya pun lebih panjang

 

Cerita-cerita lain pula lebih pendek dan kalau korang semua selalu

atau ada menonton cerita-cerita anime seram korang akan

dapati ceritanya sama or lebih kurang je dengan jalan cerita dalam komik ni
 


 Gambar di dalamnya hitam putih dan lukisannya pula

lebih epik dan berserabut seperti kawasan kemalangan yang dasyat

untuk menimbulkan suasana seram tu..


ada komik seram yang tidak serabut, lebih tersusun namun berbeza

dengan komik Jangan Pandang ni..harga RM7.50

so kena la beli dan baca sendiri untuk pengalaman tu..



tat's all





Sabtu, 7 November 2015

(SERAM) Dewa Pencuri - Mizuto Aqua




Assalammualaikum,

 Dewa Pencuri ni bagi pendapat lov sendiri tak patut masuk dalam 

kategori SERAM


kenapa tau, kisah dia lebih macam kisah cinta je..

bagi lov xde apa pun yang seram

watak Dewa Pencuri tu nampak comel, nakal cmtu

xde seram punn..



dalam komik ni ada 2 tajuk 

1. Dewa Pencuri

2. Jampi Merah Jambu Merbahaya



Tajuk pertama tu ada byk siri dia.. cerita dia pn lebih panjang lah coz dah

jadi tajuk utama kan..

sekali lagi..memang xseram ok..



 Begitu jgk dengan kisah kedua tu...watak dalam komik ni nampak cam bdk nakal,

comel, ensem cmtu..haizz di manakah keseramannya..ha ko..

tengok mcm2 ayt aku klua bile xseram..

korang plak seram baca komen lov kan..hahahahaha


cerita lebih lovely, cinta2 monyet gitu..cinta2 bdk nakal gitu..aisyo..


xSERAM..





(SERAM) Selubung Puaka - Nao Maita



Assalammualaikum,

 Dalam komik ni ada 6 tajuk kisah seram

bagi lov kisahnya lebih seronok dan seram la jugakk..


kata anak lov xseram pun, lov jwb..baca betul2 ikut petak dan dialog

jgn la bca xde perasaan, xmendalami watak..mmg la akan rasa xseram kan..


lps tu lov ambk komik ni dan bacakan 2 - 3 cerita..

smpai dia tutup2 mata dan telinga bila part2 seram dan suspen tu

ha amek kau...tadi kata x seram...hihihihihii *sore antu* :P


 Kat mana-mana pn pasti ada kisah seramnya yang tersendiri kan..

lagi-lagi dekat kampung, tempat lama-lama, tempat tinggalan



berbaloi kalau beli komik ni, luaran dia xnmpk seram kan

mcm tu la mule2 tggapan lov masa nk beli komik ni..

 but i put my trust on Shogakukan comic..ceyhh tetibe ter speaking la plk..


hohohoho nta btol ke idok letu kan..muahahah



dari cerita Magis Manis Coklat bagi lov 

cerita lagi seram 3 - 4 kali lebih la..mmg best, mmg fell keseramannya itu..

ok smakin lama smakin merepek bahasa lov guna..

lov mnta diri dlu ye..hihi



tat's all



 

(SERAM) Magis Manis Coklat - Mizuho Rino




Assalammualaikum,

 Komik Magis Manis Coklat yang ni kalau tak salah lov 

adalah komik Magis Manis Coklat yang pertama

coz dia takde tajuk kecil macam yang lain-lain


lov pn dah lupa coz dah lama sangat..kena tengok balik senarai komik

dekat Gempak Starz


Jemputlah ke kedai ku segala hajatmu akan termakbul..

sebagai bayaran, sesuatu yang paling berharga dalam hidup mu

akan aku ambil.. >:)
 


 kisah suka duka yang penuh misteri..

nak cakap Aikawa Shokora ni jahat tak jugak..ada juga cerita yang dia

tolong orang dlm komik2 nya



ada juga kalo kita baca kite akan

haaa padan muka kau...jht sgt.. kikiki


*aura jht klua* :P






(SERAM) Magis Manis Coklat - Bitter Sweet - Mizuho Rino




Assalammualaikum

Macam biasa watak muka depan ni adalah watak utama si pembuat dan pemilik

kedai coklat yang kononnya dapat menunaikan segala hajat terpendam

jom temui pemilik kedai misteri ini, Aikawa Shokora 



kali ni Magis Manis Coklat bertajuk 'Bitter Sweet'


Dapatkan kamu menikmati coklat yg boleh memakbulkan segala hajat

kerana setiap hajat mu ada bayaran yang perlu kamu bayar..


sesuatu benda terpenting dalam hidupmu..


hei fakta yg mungkin anda tak tahu, penulis komik ini iaitu Mizuho Rino 

dilahirkan pada 1 Disember...jadi dia berbintang Sagitarius..

sama mcm lov...hahahah


oh ye dlm satu2 komik Magis Manis Coklat ni selalunya

ada lebih dari 3 cerita..dlm bitter sweet ni plak

ada 6 cerita menarik menanti anda semua..


tat's all :p








(SERAM) Magis Manis Coklat - Creamy Sugar - Mizuho Rino




Assalammualaikum,

 Magis Manis coklat, Creamy Sugar

pic kat muka depan ni lah pembuat dan pemilik kedai coklat tu

Aikawa Shokora


Setiap orang pasti ada benda or perkara yang dia nak sangat 

dalam hidup ni tp tak dapat..


setiap orang pasti mahu menikmati coklat yang lazat berkrim yang

lebih penting ianya dapat memakbulkan segala hajat di hati..

tapi benda yang xsepatutnya kita dapat dan kita tetap 

nak dapatkannya pasti ada bayarannya...


apakah segala hajat yang dihajati dapat dimakbulkan??


dalam siri ni akan muncul lagi seorang pembikin coklat yang akan menyingkap

kisah silam pembikin coklat Aikawa Shokora..


Pembikin coklat Aikawa Shokora akan memakbulkan hajat di hatimu

dgn coklat buatan khasnya..


tapi, dia juga akan meragut benda terpenting dalam hidupmu..


berhati-hati dengan apa yang kau hajati..



eh..cam seram plak ye...hahahahah so kalau nak tahu cerita lebih lanjut

sila dapatkan ok..



tat's all..




(SERAM) MAGIS MANIS COKLAT = EVIL ESSENCE - RINO MIZUHO





Assalammualaikum semua,

Cerita pasal komik Magis Manis Coklat pulak ye..

komik ni bersiri, setiap keluaran ada tajuk besar yg sama


iaitu, MAGIS MANIS COKLAT

kemudian ada tajuk kecil menunjukkan siri baru dan cerita yang berlainan 

kali ni lov ambil tajuk 'evil essence'  


Mula-mula memang lov nak bagi tahu lah..lov memang xde keseluruhan koleksi ni

kalau ada pun dah tak ikut urutannya..


Dalam setiap buku watak utamanya iaitu Aikawa Shokora

adalah pemilik kedai dan pembuat coklat

 tengok tajuk lah kan..mesti ada kena mengena dengan coklat punya..haha

 cuma setiap buku ceritanya berlainan,


komik ni menceritakan perjalanan dan ragam manusia dalam kehidupan

seharian mereka, ada yang gembira, sedih, dengki, seram 

ada macam-macam
  


 Aikawa Shokora ni macam ahli sihir yang boleh tunaikan hajat

kalau baik niatnya..jadilah baik..kalau tak betul niatnya jadi sebaliknya pula

tp kadang2 yang baik pn kena jugak...coz tak bersyukur dengan apa yang ada..

ceritanya penuh dengan kejutan..kdg2 kite tak boleh nak agak pengakhirannya..





nampak x? sekali dua tu lov beli...tersalah beli sebenarnya..ingat belum ada

masa ni harga komik tak naik lagi..harganya lov beli RM7.50

tapi rupanya dah ada..huhu sedeh..

sape nak beli angkat tgn... :P


tat's all..






Layan Iklan Lakk

Cik Nap Kus Shayang